Thursday, December 13, 2012

Hilangkan Stress

Gambar yang di "petik" betul-betul depan rumah
Sama juga.. Cuma waktu dan tarikh sahaja yang berbeza
Sepetang luangkan masa di Ulu Yam
Putrajaya.. Hilangkan stress.. Lagi.. Indah sungguh ciptaan DIA.. Subhanallah

Monday, November 5, 2012

Nafsu Sang Lelaki

AWAS!! Lelaki tidak boleh percaya! AWAS! Lelaki Buaya darat! AWAS! Lelaki hanya tahu ambil kepuasan.. Itu ayat-ayat yang aku kira agak popular yang di lontarkan dek wanita.. YA! Memang aku tidak nafikan lagi.. Tidak di ragui lagi.. Wahai sang lelaki! Jangan jadi alim-alim kucing! Dalam diam, Kamu ambil kesempatan terhadap wanita.. Dalam malu, Kamu buat perbuatan yang tidak sepatutnya.. Wahai Kaum adam! Setialah pada pasangan cintamu.. Jangan pernah ada perasaan menduakan cinta mu.. Wahai si nafsu yang 1, Jangan kalah akan bisikan yang ghaib! Jangan terpedaya apa yang ada di depan mata! Setialah pada yang berada di sisi.. Jangan menjadi "apa yang dikendong, tercicir, apa yang di kejar tak dapat!" Wahai insan yang bergelar lelaki.. Terima kekurangan pasangan mu kerna kita juga kekurangan.. Dia yang melengkapkan kita dan pelengkap kita. Terima pasangan kita kerna kita berjanji untuk sehidup semati.. Jangan pernah ada niat untuk menduakan dia.. Kerna dia juga punya perasaan.. Wahai wanita.. Setia pada pasangan mu juga.. jarakan pada bukan pasangan mu.. Itu untuk keselamatan kamu.. Letakkan kayu ukur pada insan yang bergelar LELAKI! Namun perlu ingat wahai kaum adam mahupun hawa akan peribahasa ini "Berpetuk sebelah tangan taka akan berbunyi"

Friday, October 19, 2012

Doktor Gigi

Allahmdulillah.. Hari ini berjaya pujuk diri ke Klinik gigi (kerajaan punya).. Berjaya cabut 1 batang gigi yang sudah lama sakit.. Sebenarnya fobia pada doktor gigi.. Mana taknya jika ada pengalaman ngeri waktu usia remaja dulu (owh! sekarang pun masih remaja apa!) Imbas kembali: Sakit gigi, gigi berlubang.. Ke klinik dan malangnya kena marah dek doktor (1 sebab fobia).. Jadi dah hilang mood.. Lepas itu disuruhnya duduk ata kerusi baring tu, sejuk!! (fobia kali ke 2).. Dicucuknya bius tanpa bagi amaran (fobia ke 3).. Sewaktu "operasi" cabut gigi, Hanya Tuhan saja tahu sakit atau tak (fobia lagi).. Waktu itu juga "ter"bunyi gigi seperti patah (memang fobia)... Lepas pada tu.. Memang tak jejak ke klinik gigi.. Sakit + fobia.. Hari ini... Yakin lebih sikit je.. walaupun mereka (doktor + misi) perli.. Kata mereka "nerveous" sangat ni.. Waktu itu baru setkan minda untuk cabut.. Allahmdulillah Doktor sungguh pandai melayan.. Walaupun sedekit sakit.. 4 kali kena suntik ubat bius, 3 kali tukar alatan untuk cabut gigi.. Hampir fobia... Hahahaha.. Sudah 1 hari mulut masih terasa kebas (penangan ubat bius) 1 juga lah aku tak makan dan tak minum.. Sekarang? Masih tak makan.. Ps: minta-minta lepas ni tak perlu lagi ke klinik untuk cabut gigi..

Friday, October 12, 2012

3 Minggu - Office ku, rumah ku

3 minggu berturut-turut aku dan pasukan kerja menghabiskan masa di pejabat.. Jadi amat sesuai jika aku katakan: Office ku, rumha ku.. Manakan tidaknya.. Bangun pergi pejabat, balik umah semata-mata untuk mandi, tukar baju, makan.. Terus ke pajabat untuk sambung kerja-kerja (projek yang hampir tamat sebabenarnya).. Bekerja tanpa kira waktu (jika pukul 5 pagi pun belum tentu mata ni tertutup).. Esok paginya (selepas subuh).. Terus balik rumah, mandi-mandi, Pukul 8 terus ke pejabat lagi.. Itu rutin selama 3 minggu berturut-turut.. Penat! Letih! Putus asa (cuba untuk tidak).. Hari Khamis (11/10/12).. Selesai 1 bahagian untuk projek ini.. UAT (User Acceptance Test).. Allhamdulillah lepas 1 tangga.. Mereka berpuas hati.. Tapi.. akan ada banyak pembetulan (bug fixing) untuk projek ini.. Masih ada 4 UAT yang berbaki.. erti kata lain.. Masa semakin suntuk, kerja masih berbaki banyak.. Aku tak mahu, rumah dah siap, Tukul masih berbunyi.. Itu teruk.. Ya Allah, Tolong hamba mu ini.. Permudahkan segala urusan aku dan pasukan aku.. P/s: Isnin dan hari seterusnya akan habiskan masa di pejabat lagi.. Dari pagi hingga pagi esokkannya.. Ada sesiapa nak teman tak?

Saturday, September 29, 2012

1 Bulan

Tup..tup.. dah 1 bulan tak masuk blog.. tak tulis apa-apa dalam blog.. Tup..tup.. Lusa dah masuk bulan baru hari baru.. Semakin hari.. Semakin sibuk dengan kerjaya.. 3-4 Hari terpaksa berkampung di pejabat.. Bukan sorang.. Tapi bersama rakan sepasukan.. Projek yang terlalu hampir d penghujung.. Tapi masih banyak yang perlu dperbuat.. masih banyak tingal sisa-sisa.. Semakin banyak yang terhimpit di dada mahupun d otak! Tidak aku nafikan.. Penat.. Tidak aku nafikan.. Letih dengan perasaan.. Tidak aku nafikan.. Seakan aku menyerah kalah! Sungguh!! Namun apakan daya.. Makan gaji.. Mahu atau tidak itu.. Perlu aku lakukan.. Kawan-kawan.. Tolong doakan agar projek yang aku buat ini.. Berjaya.. Jumpa lagi..

Thursday, August 30, 2012

Tipisnya kesabaran

Semalam memang aku tersangat marah!!
Memang menipis tahap kesabaran..

Kenapa?
Kerana rakan sekerja!!
Kenapa?
Suka suki menuduh "team" aku tak buat kerja..
Seolah-olah kami hanya melepaskan batuk d tepi tangga!

PERRGH!!!
Cakap siapa tak marah jika di tuduh sedemikian..

Team aku buat kerja 7 hari seminggu,
Team aku buat kerja hari minggu..
Tup tup!
Kerja tak seberapa katanya.

Hey!! LOOK!
Jika kau bagus sangat!
Buat sendiri!

Astarufurullah azim..
Memang benar-benar menguji tahap kesabaran!

Friday, August 24, 2012

1 Minggu Berhari Raya

Tup tap tup tap..
1 Minggu dah pun Ramadhan tinggal kita..
1 minggu juga lah Syawal melabuhkan harinya..

Tahun ni seperti biasa..
Raya pertama habiskan masa di Pasir Mas rumah nenek..
raya kedua ke Kota Bharu..
Ke rumah mentua abang-abang aku..
Raya ke tiga berkesempatan ke Tumpat..
menghadiri majlis kahwin kawan..
(Sila jangan tanya aku bila pula)..
Raya ke empat lepak di rumah..
Tunggu kawan sampai rumah sebenarnya..
Raya kelima hajat tidak berkesampaian..
hajatnya ingin ke Kota Bharu untuk menghadiri 2 majlis kahwin..
Tapi berlaku kemalangan kecil..
Allhamdulillah tidak cedera teruk..
Hanya lutut sakit dan lebam sedikit..
Motor? Banyak juga perlu d perbaikpulih..
Nota pada diri sendiri: lebih perlu berhati-hati..

Tup tap tup tap..
1 Minggu dah pun habiskan masa di rumah..
Esok, Insha Allah perlu berangkat ke Kuala Lumpur..
Insha Allah selamat sampai di rumah di Kuala Lumpur..

Isnin nanti sudah pun perlu masuk kerja..
Massihkah mood berhari raya?
Isnin sahaja yang dapat jawap!

Friday, August 17, 2012

Cerita Musafir

Allhamdulillah..
Perjalanan memakan selama 5 jam lebih..
Dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai, Kelantan...
Penat!
Tapi "excited"..

Cerita Musafir..
Jika dulu perjalanan di mesir..
Terpacak Matahari di atas kepala..
Panas terik!
Berkenderaan UNTA!
Tapi tetap puasa..

Malah, zaman Baginda..
Berperang waktu Puasa..
Ikat batu di perut..
Tapi masih berpuasa..

Zaman kita?
Bermotosikal, bekereta..
Jalan elok..
sejuk berpenyaman udara jika kereta,
Angin semulajadi untuk bermotosikal..
Kata orang
"just nice"
Tapi sayang..
Tidak berpuasa..

Sepanjang perjalan aku selama 5 jam hari ini..
Macam-macam lagak pemandu..
Adenye yang berhenti tepi jalan..
Sambil minum air plus merokok..

Jika tak salah,
ada salah seorangnya..
Bangga boleh makan chewing gum!

Bangga sangatkah kita jika tak berpuasa?
Berani sangatkah kita tunjuk yang kita tak berpuasa?
Baguskah tidak berpuasa dengan beralasan bermusafir?

Mungkin lepas di dunia,,
Mungkin tidak di dunia sebelah sana..

Cerita Musafir yang pelbagai ragam..

Sunday, August 12, 2012

Aktiviti Waktu siang

Sedar tak sedar..
Kita dah pun berada di peringkat akhir puasa..
Laju sungguh masa berlalu..

Jika dulu..
Orang kata..
"Masa seakan-akan merangkak pergi"
Tapi sekarang?
"Masa seolah-olah terbang berlalu pergi"

Semalam 2 perkara aku buat..

1 nya pergi ke SOGO sehinggalah Ke Pasar Seni..
Bermula pukul 8 pagi..
Sehingga pukul 1 petang..
Owh! Bukan shopping..
Tapi pergi "tembak" gambar di sana..
bersama-sama rakan pejabat.
Banyak benda yang aku belajar..
Seronok tapi penat!
Tapi berbaloi-baloi..

Kedua nya..
Selesai sahaja "tembak"
terus ke Gombak..
Abang aku buat majlis berbuka puasa..
Katanya nak buat sekali dengan majlis kesyukuran..
Bersempena kepulangan kedua ibubapa dari mengerjakan umrah..
2 dalam 1 katanya..

Minggu depan dah pun nak beraya..
Persoalannya..
Sempatkah kita bertemu dengan Ramadhan yang akan mendatang?

Friday, August 3, 2012

2 Kali raya, 1 Kali Puasa

Perasan atau tak kita yang sebenarnya..
kita khususnya di Malaysia..
Menyambut 2 kali raya, 1 kali puasa..

Pelik?
Tapi itulah kenyataannya..

Kenapa tidak..
Beberapa hari atau mungkin 1 bulan sebelum puasa..
Kebanyakkan supermarket sudah mempromosi jualan hari raya..
Pe ntah lagi pada 1 minggu puasa..
Lagu-lagu raya didengangkan dengan sebegitu kuat!
Bukan kah itu sudah hari raya?

Bila masuk hari ke 10 dan keatas..
Radio-radio pula yang mendendangkan hari raya..
sosial media seperti blog, FB khususnya..
Rata-rata menyatakan tidak sabar untuk beraya!

Persoalan yang ingin aku tanya pasa mereka..
Bebankah puasa ini?
syok sangat ke hari raya tu?
Seronok sangatkah?

==..==

Entahlah!
Surau yang hari pertama mahupun hari kedua puasa..
Penuh..
Atau apa mungkin surau itu kecil?
Mungkin!
Sekarang?
baris safnya pun semakin mengecut!
owh! Mungkin surau tu semakin membesar kot!
Mungkin!!
Atau apa mungkin mula sibuk untuk menyambut hari raya?
owh lupa!
2 kali raya, 1 kali puasa kan!

Kenapa kita lebih semangat untuk berhari raya..
Walhal Puasa/Ramadhan itu lebih besar nikmat dan pahalanya..

Pelik-pelik..

Friday, July 27, 2012

Kenapa sebegitu?

Sepenat mana pun kita, kita tetap puasa..
Tidak larat pun kita, masih tetap puasa..
sakit mana pun kita, puasa itu pasti..

Tapi kenapa tidak solat bila penat?
Kenapa tidak mendirikan solat bila tidak larat?
Dan bila sakit, kenapa tidak solat?

Adakah puasa itu orang nampak,
Solat itu orang tak nampak?!

Persoalan yang mungkin kita hanya dapt jawab.

Thursday, July 26, 2012

1 Pembaziran

Bukankah kita diseru agar besederhana dalam segala hal?
Bukankah elok sekiranya kita tidak tunduk pada nafsu?!

Bukankah kehadiran bulan yang kita rindui ini dinanti-nantikan?
Kenapa perlu mencemarinya?

Dicemari?
Dicemari dengan apa?

Dicemari dengan Nafsu!
Dikotori dengan sikap tamak haloba!

Bukti?
Buktinya membeli juadah lebih dari perlu!
Buktinya rezeki yang dilempar dalam tong sampah!

Akhirnya tersadar dalam kekenyangan..

"“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Ini menyebabkan kita tergendala dalam sembahyang Isyak dan terawih umumnya..
Bukankah solat berjemaah itu lebih bagus berbanding berseorangan?!
*Bukan bulan Ramadhan je "berjumpa jalan" ke masjid/surau/mussala/madrasah
-->Peringatan pada diri sendiri jua..

Kenapa perlu ade pembaziran dari segi duit?
Kenapa perlu ade pembaziran dari segi makanan?
Kenapa perlu ada pembaziran dari segi Solat secara berjemaah?

BUkahkah setiap berwaspada dalam pelbagai segi itu membawa hikmah yang tersendiri?
Kenapa tidak berfikir?
Atau apa mungkin "syaitan dalam diri" itu masih mengawal kita?
Walaupun syaitan itu di ikat?!

Persoalan yang mungkin hanya jawapan dari diri kita.!

Selamt menunaikn solat Isyak dan Terawih secara berjemaah pada malam ke-7
Pantas betul masa berlalu!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Salam Ramadhan..





Jom! ke masjid/surau/ madrasah kita..
Apa yang di tunggu-tunggu lagi..

Semoga Ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan..
Insha Allah..

Monday, July 9, 2012

Hari yang di tungu-tunggu

Hari yang di tunggu-tunggu kunjung tiba..
Banyak "hari" yang di tunggu-tunggu sebenarnya..

Hari pertama: Hari Sabtu ni(14/07/12)
UmiePapa buat majlis kesyukuran sempena mereka akan berangkat ke Mekah untuk tunaikan umrah..
Allhamdulillah.. Cita-cita mereka tertunai..
Insha Allah mereke sempat ke sana..
Ya, ALLAh permudahkanlah urusan ibubapa ku..

Hari kedua: Hari Sabtu(14/07/12)
Abang cik (adik beradik ke-5) dan Su (adik/sorang je pun adiknya)..
Majlis menyambut menantu..
Dua majlis meyambut menantu pada hari tersebut..

Hari Sabtu tu kiranya 3 dalam 1..
Insha Allah di permudahkan segala urusan..

Owh! Sila jangan tanya bila giliran aku..
Itu nanti!

Minggu depan juga aku menanti..
Menanti hari apa?
Menanti hari Ramadhan Al-Mubarak..
Bulan yang penuh Barokah..

Insha Allah sempat lagi aku menunaikan kewajipan ini..
Insha Allah sempat lagi aku menunaikan solat sunat Terawih..
MOga-moga Allah panjangkan umurku..
sekiranya aku di "panggil" oleh DIA,
Biarlah aku cukup bersedia sebelum pergi menyambut seruan DIA..

Moga-moga tercapai cita-cita aku yang ini..
Insha Allah..
MOga-moga Allah senantiasa permudahkan segala urusan aku..
Amin,..

Tak sabar untuk menanti hari Sabtu ini dan hari Ramadhan..

Friday, July 6, 2012

Inikah kita?

Rugilah mereka jika bekerjaya, kaya ada harta, ada pangkat..
tapi tidak menunaikan solat 5 waktu..
Mungkin tidak rugi didunia, tapi teramat rugi di akirat sana..
Apa mungkin yang di dunia ini lagi berharga?
Atau apa mungkin tidak perlu fikirkan di alam sana?

Lagi rugilah mereka jika tidak bekerjaya, tidak berharta, tiada pangkat,
tapi tidak menunaikan solat 5 waktu..
Alangkah ruginya di dunia, apatah lagi di akhirat...

Jangan kita menyesal setelah kita mati..
Sesal dahulu sebelum terlambat..

Saturday, June 30, 2012

Hanya Kerana MULUT!

Ingat!
Kerana mulut badan binasa!

Terdengar perumpaan yang sangat sedap di dengar berkenaan dengan mulut.
Perumpamaannya seperti dibawah:

Jika mulut baik seumpama membawa gelas yang berisi air..
Gelas yang sempurna, air yang banyak, di bawa kemana-mana pun,
Nescaya air itu dalam kedaan yang baik..
Tidak berantakan..
Tidak tumpah..

Jika mukut yang jahat seumpama membawa air dalam gelas yang bocor..
Sudahlah airnya berkurangan..
Bahkan airnya juga berantakan..
Menitis di mana-mana..

Jika jahatnya mulut tak terbendung..
Seperti membawa air dalam gelas yang pecah..
Bukan sahaja tiada air dalamnya..
Bahkan tumpahnya pada satu tempat bahkan berberai..

Sebegitulah mulut itu..
Ingat!
Kata-kata yang dilontarkan tidak akan berpatah balik..

Seumpama
jika teguris dek pisau, berdarah,
nescaya akan sembuh walaupun mengambil masa..
Namun dengan kata-kata,
Tidak akan sembuh, terbirat dalam hati..

Bak kata pepatah,
Terlajak perahu boleh di undur..
terlajak kata?
Padah jawapnya..

Sila jaga mulut masing-masing..

Tuesday, June 19, 2012

Ingat!

Persoalan yang selalu bermain-main diminda terutamanya di waktu pagi (subuh):

Situasi 1:
Waktu subuh "menjelma"
"nantilah aku bangun sembahyang subuh!"
*Sambung tidur

Tup-tup! dah terlepas subuh..

Situasi 2:

kringgggggggggggggggggggggggggggg! *jam loceng

"alamak!! Terlambat dah"
*terkocoh-kocoh siapkan diri untuk ke pejabat..

Betulkan?
Siatuasi yang mungkin kita hadapi..

Persoalan:
Kenapa perlu pentingkan atau menyegerakan waktu ke pejabat berbanding melengah-lengahkan solat?
Walhal, Solat itu WAJIB! sedangkan kerja itu tidaklah jatuh pada hukuman wajib (betulkan jika saya salah fakta)

kenapa?
Itu persoalannya..

Mengapa?
Itu juga tunjang utama dalam perihal ini..

Persoalan yang mungkin kita boleh jawap dengan pelbagai manupilasi..
Mungkin?!
Atau apa mungkin kita hanya jawab sekadar sahaja?

Jangan sesekali kita berikan alasan:
tak pe! nanti hidayah datanglah!
Ingat!
tak kan datang jika tak mencari..
Dan mati itu bila-bila masa dan dimana sahaja..
Juga perlu ingat
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

Akhir kata

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
*di petik dari : I love Islam

Wednesday, June 13, 2012

Bangkit dari tidur

Biasa! halangan itu mendatang..
Akan tetapi usaha itu perlu di pertingkatkan..
Nanti!! Itu ayat yang melambatkan kerja kita..
Galang gantinya "Berputus asa"..
Kalah!! itu jangan di jadikan kamus untuk berjaya..
Ikhtiar itu penting..
Tanpanya mungkin kita tak kan berganjak..

Sungguh!!

Dan untuk itu kenapa perlu berpatah arah bila mana ada halangan?
Arah kejayaan itu di hadapan.. Buat apa berpaling belakang?
Rasa kemenangan atau kekalahan itu hanya kita yang mengerti!
Itu sudah pasti..

Tidak! Tidak aku berpaling belakang bila tapak sudah kehadapan..
Istilah "hadapan" itu di jadikan pegangan..
Dan! Usaha itu perlu disertakan ikhtiar, tawakkal dan doa itu senjata utama..
Usaha perlu dipertingkatkan bila halangan semakin mendaki..
Rasakan akan kejayaan yang aku ku gapai ini nanti!
Itu pasti

Jadi kenapa tidur lagi?
Bangkitlah dari tidur!!

Jangan lihat pada apa yang kita telah lakukan,
Tapi
Lihatlah apa yang belum kita selesaikan..

Tuesday, June 5, 2012

Perjalanan Ini

Masih jauh perjalanan ini..
Tak akan berhenti walaupun ada halangan yang melitupi jalan..

Sungguh! kakadang, terasa nafas terbeban di dada...
sungguh!,Kekadang terasa nyawa seolah-olah terputus dari jasad..
Benar!, PUTUS ASA! itu ada dalam kamus hidup..

Namun, perlu sandarkan pada impian yang hampir nyata..
Tapi awas!
jangan hanya bersandarkan sahaja tanpa USAHA..

Benar!
Kata orang:
" USAHA itu belum tentu berjaya!"

Tak akan aku katakan itu salah..
Ini pengangan aku:
"Sekurang-kurangnya aku puas dalam berusaha walaupun bertemu dengan jalan buntu"
Sekurang-kurangnya berpuas hati dengan usaha yang aku lakukan..

Masalah itu akan mendewasakan kita!

Monday, June 4, 2012

& Saya Masih Bujang

Allhamdulillah masih ada kesempatan untuk menulis nukilan di blog ini walaupun hampir 1 bulan lamanya tidak menjamu mata serta jari tidak menulis pada halaman ini..

Alasan yang cukup mudah dan jemu akan alasan ini:
"SIBUK"
"BZ"
"KERJA BANYAK"

Kesian diri sendiri.. =.='

Baiklah, berbalik pada tajuk
"& Saya Masih Bujang"

Baru-baru ini berlasungnya 2 perkahwinan dalam keluarga aku..
Abang aku nombor 5 dan adik bongsu aku..
Maka tinggalla aku keseorangan yang masih belum berkahwin dalam keluarga..
Maka dengan ini dengan rasminya
"& saya masih bujang"..

Ramai yang bertanyakan aku

"Kamu bila pula?"
"Dah ada belum?"
"cepat-cepatlah umur tu dah tak tua"

jawapan aku bagi:

"Insha Allah, Allah sudah tentukan jodoh"
"Moga-moga di permudahkan segala urusan"

Dalam hati hanya Tuhan yang tahu apa akan rasa hati ini,
Tapi aku berlagak biasa sahaja..
Kerna aku percaya jodoh itu telah di titipkan oleh DIA..

Kita merancang,
DIA merancang,
& hanya DIA yang tentukan..
Moga-moga perancangan aku sajajar dengan perancangan NYA..

& Saya masih bujang ketika ini..
Tapi saya bahagia..


"Maha Suci Rabb yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui..."
(Surah Yaasin [36]:ayat 36)..

Sunday, April 29, 2012

Gambar, Gambar dan Gambar

Allhamdulillah..
Hari ini ada pengalaman baru..
Pengalaman untuk belajar MACRO dan Slow Shutter..

Dalam beberapa jam..
Hanya beberapa keping sahaja yang diketegorikan TERBAIK!!
Tak mengapa..
Baru lagi dalam dunia dSLR (walaupun kamera dSLR tu danh menjegah tahun ke-2)..

Tanpa berbicara banyak..
Beberapa keping gambar aku kempil kan tuk tatapan kalian..

Komen yang positif amatlah diperlukan..

Gambar ini untuk "macro"



Macro yang pertama aku berjaya ambil..

Nota: Banyak percubaan untuk menghasilkan hasil yang tak seberapa..




Gambar ini..
Setelah berpeluh-peluh..
Dan hampir berputus asa..

Nota: Bukan senang ambil macro..


Yang seterusnya pula..
Gambar "slow shutter"



Nota: nasib baik ada "SIFU" yang tunjuk ajar..


Jadi..
Benarlah kata orang..
Bukan senang nak senang..
Bukan susah nak susah..

Banyak lagi dalam bidang fotografi..
Yang perlu aku tahu..

Thursday, April 26, 2012

Air dan Masjid

3 hari berturut-turut,
Pejabat ketiadaan air..
Owh!! Bukan kerana terputus bekalan,
Tapi katantya pihak pengurusan membuat "maintenance"..

Lamakan prosesnya..

Isu: Jadi apa kena mengena "AIR" dan "MASJID"..

Ini ceritanya..
Setiap kali ingin qadar hajat..
Masjid tempatnya..
Setiap kali rehat..
Masjid tempatnya..
Setiap kali (Zohor & Asar je lah)..
Masjidlah tempatnya..

Teringatkan kita pada masjid..
Mampukan kita ke masjid..
Tapi waktu ada air..
Ingatkah kita pada masjid?

Jadi ada kena mengena tak isu air dan masjid ni?
Kena mengenakan..

Bukan.. Bukan..
Bukan membuaka aid sendiri..
Dan bukan juga membuka aib kawan-kawan..
Tapi untuk mengingati diri sendiri sahaja..

Hari ini,
Bekalan air sudah pulih..
Masjid menjadi renggang..
Kurangnya kami ke masjid..

Hari ini,
Terlintas di fikiran...
Adakah hanya di sebabkan tiada air di pejabat..
Kami sanggup ke masjid?
Adakah hanya untuk mengqadar hajat..
Sanggup kami berulang alik ke masjid..

Bila ada air pi pejabat..
Akal ligat berfikir..
"Dah ada air"
"Sibuklah aku hari ni"
Lantas sudah lupakah pada masjid?

Ini bukan ingin menjatuhkan diri sendiri..
Atau kawan-kawan..
Tapi ingin memperingati diri sendiri jua..

Masjid hanya beberapa langkah saja dari pejabat..
Tapi pelbagai alasan di ciptakan..
Namun bila ada keperluan..
Ingat pula pada masjid..

Adakah ini bermakna hati jauh pada agama?
Adakah ini bererti pentingkan diri sendiri?
Apa mungkin hanya mempergunakan masjid untuk diri sendiri?

Persoalan yang tergantung..
Dan mungkin hati yang tahu pada jawapan itu..
Mungkin?!

Sunday, April 22, 2012

Karma

Jika kita mula tidak menyukai seseorang itu,
Maka berkemungkinan besar, akan ada orang yang akan tidak menyukai kita..
Karma..
Semudah itu..

Entahlah!
Sejak kebelakangan ini,
Banyak betul dosa aku buat..
Mana taknya,
Mulut seakan-akan ringan untuk berbual kelemahan orang..

Masya Allah..
Jahatnya aku..
Astarufirullah hal'azim,
Aku yang berdosa..
Subhanallah,
Kan DIA dah tunjukkan yang aku berdosa..
"CASH" di dunia lagi..
Di sana?
Masya Allah..

Benarlah akan ayat ini:
Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Astarufirullah hal'azim,
Maafkan aku Ya Allah..

Kekadang hati berbisik:
"Masih tidak mengapa jika seseorang itu tidak menyukai kamu,
Asalkan ALLAH sentiasa menyayangi kita"

Namun ingat akan peringatan ini:
"Berdosa kepada manusia lain, hanya boleh dimaafkan oleh orang tersebut sahaja"

Kekadang, cukup sukar untuk kita menghulurkan "MAAF"..
berat untuk berbicara..
Kenapa?
Entah!! Aku sendiri juga begitu..
Persoalan yang mungkin tiada jawapan buat masa ini..

Karma..
Apa yang kita buat,
Akan pasti akan terjadi pada kita..

Thursday, April 12, 2012

Lillahi Ta`ala

Bekerja biarlah kerna Lillahi Ta`ala..
Lillahi Ta`ala aku suka pekerjaan aku sekarang..
Berkawan biarlah dengan niat Lillahi Ta`ala..

1 bulan ni, rutin kerja teramatlah padat..
tamabahan pula dengan sikap sesetengah rakan sekerja..
pergh!! STRESS..
sehinggakan terkeluar dari mulut aku
"aku tak ikhlas dalam melakukan kerja minggu ini"

Argh!!!! Benarlah kata orang
" lau marah, semua terlepas cakap"..

Kan ALLAH dah tarik nikmat aku..
Bulan ni, DSLR aku rosak lagi tp kali ni
body kamera tu rosak..
Tanya kat kedai, simple je jawab tauke
"ni RM400 saja"

Taknye terkedu..
Tak gitu?
Terkedu kan?!

Bila berfikir balik, inilah alasan pada orang yang kerja bukan kerna Lillahi Ta`ala..
Bak kata pepatah
"perahu yang terlepas, boleh di undur"
kalu kata2?!
Kalian tahu kan apa ayat penyudahnya..

Lillahi Ta`ala aku kerja..
Lillahi Ta`ala aku sanggup lakukan semasa melakukan segala yang datang pada aku..
Insha Allah hati ini tabah..

Lillahi Ta`ala..
Insha ALLAH segala amalan yang aku buat di terima Tuhan..
Lillahi Ta`ala
Insha Allah moga-moga apa yang akulakan ini dapat pahala yang di anugerahkan oleh Sang Pencipta.

Lillahi Ta`ala

Wednesday, April 11, 2012

Tsunami April 2012

Assalamualaikum.. Hari ini dalam sejarah: Tsunami menyerah lagi negara jiran.. Kali ini di khabarkan seluruh Malaysia juga terasa.. Allhamdulillah masih selamat.. "Feed" di laman sosial FB penuh dengan "update-update" Tsunami.. Ada yang menulis di statusnya: "Goyang..Goyang..Goyang.." Tak kurang juga seperti ni: "Keluar dari rumah terasa tak selamat!" Atau, Macam ni: "Ingatkn pening tp upe2nye gempa sebab Tsunami" Aku rasa yang paling popular macam ni komennya: Lah!! ye ke?! asal aku tak rasa pun!! Apa yang kita mahu sebenarnya? Sedarkah kita ini amaran dari ALLAH? Sedarkah kita ini merupakan bala ALLAH? atau lebih selesa dengan perkataan "Bencana Alam"? Moga-moga ALLAH memlindungi kita semua.. Moga-moga dengan kejadian ini lebih merapatkan jurang anatar kita dan DIA.. Ini beberapa keratan yang aku ambil dari internet:
Semoga kita dapat manfaat.. Insha Allah..

Monday, April 2, 2012

Selamat Lagi..

PUTRAJAYA 8 Mac – Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PDRM dan agensi-agensi berkaitan khususnya dalam memastikan rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

Petikan dari akhbar-akhbar atau pun melalui internet..

Persoalan:
Selamatkah Malaysia?
Selamatkah rakyatnya?
Benarkah?

Bagaimana dengan kes-pembunuhan yang masih belum selesai?
Selamatkah?
Bagaimana kes-kes penculikan?
Kurangkah?
Kes-kes rogol? kes-kes lari dari rumah?
Berkurangankah?

Atau semakin teruk?
Namun masih di anugerahkan negara yang selamat di tangga ke 19..
Juga dikhabarkan penurunan berlaku..

Tak pa!
Selamat selagi tidak berperang..
Tak pa!
Asalkan bebas dari gengaman-gengaman pemerintah dari barat..
Tak pa!
Tiada yang mati kebuluran seperti dunia-dunia perang..

Kita masih selamat..
Itu kata mereka..

Wednesday, March 28, 2012

Mati itu Pasti

Mati itu pasti.
Dimana kita mati? Bila kita mati? Bagaimana kita mati?
Hanya DIA yg tahu..

Ayat-ayat Quran ini memperingati kita perihal kematian:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (Ali Imran:185).
“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (An-nisa:78)..

Kenapa mati itu rahsia?
Agar orang itu sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi kematian..

Sediakah kita untuk di jemput oleh NYA?
Ada yang bersedia untuk mati.. Siapa?

Ini orang yang senantiasa bersedia..
Orang yang dikatakan bersedia menghadapi kematian hanyalah mereka yang siap bekal untuk kembali kepada Allah dan bekal menghadapi kematian..
Bersesuaian apa yang tercatat dalam Al-Qur’an :
“Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (Al-Baqarah:197)

Bagaimana dengan bekalan kita untuk menuju ke sana?
Bersediakah kita?

Tuesday, March 27, 2012



Alhamdulillah kerana dengan izin dari Allah, kita dipertemukan lagi di ruangan yang menemukan kita hanya melalui baris-baris bicara..


Damai rasanya berada di bawah sinar mentari yang menyerlahkan dirinya seawal awal pagi tadi..Subhanallah..
Sepetang matahari mu menyerlahkan warnanya yang sebegitu indah..Bersyukur kerana masih jua diberi helaan nafas dan menikmati keindahan ciptaan-Nya..

Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di hatiku,
Cahaya di lidahku,
Cahaya di pendengaranku,
Cahaya di penglihatanku,
Cahaya dari belakangku,
Cahaya di hadapanku,
Cahaya dari atasku,
Dan cahaya dari bawahku.
Ya Allah, berilah aku cahaya. Amin.
-Riwayat al-Bukhari



Teringat beberapa bait lagu yang dipopularkan oleh NowSeeHeart

"Damai yang dirasa, Melihat warnanya, Tenangnya di mindaku,Suasana kehijauan yang indah"

Sungguh!
Aku suka akan perasaan yang dipinjamkan oleh DIA..
Subhannallah!
Besar sungguh akan anugerah Mu ini..
Allhamdulillah..
Sungguh!
Aku cukup bersyukur..

Monday, March 26, 2012

Sawang Menyerang!

Ok! laman ini sudah pun bersawang!



Malaskah otak ligat untuk berfikir?


atau?

Wednesday, March 7, 2012

Hipotesis ringkas ii

Assalamualaikum dan salam persahabatan..


Hipotesis ringkas lagi untuk kali ini:

semakin garang,
Semakin ramai yang membenci..

Semakin baik,
Semakin ramai yang pijak kepala..

Timbul persoalan:
Yang mana 1 bagus?

Sunday, March 4, 2012

"The Game"

Assalamualaikum dan salam persahabatan..


Sedar tak sedar bulan sudah pun merangkak kebulan yang ketiga..
Masa seakan-akan tak menoleh kebelakang..

Persoalan:
Apakah aku ketinggalan di belakang?
Atau aku sejajar dengan peredaran masa?
Buntu dalam mencari jawapan..
-----------*--------------------------
*Masuk topik

Kata orang:
Masuk dalam kandang kambing,
Kita megembek..
Masuk kandang harimau,
Kita mengaum..
Asalkan,
Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya..
Itu mencari nahas..

Sebegitu jugalah,
Jangan kita mengalah pada mereka yang pandai dalam mencipta permainan,
jangan kita mengeluh jika kalah dalam awal permainan yang mereka cipta..
Bangkit setelah kalah,
Pastikan kita menang di akhir permainan tersebut..
Namun ini terlalu nampak yang kita tidak mengikut rentak mereka..

"If they create the game,
You should know how it ends"

jika mahu ikut rentak,
Ikut gaya mereka bermain,
Tiru gaya mereka..
Biarkan mereka terulit dek gaya yang kita mainkan..
Asalkan apa yang kita plan itu tercapai..

Hanya terserah pada kita,
Kita yang tentukan siapa kita,
Bukan mereka..

That's I called The game!

Tuesday, February 28, 2012

4 Tahun Sekali

Assalamualaikum & salam persahabatan..


4 tahun sekali dia datang..
Apa?
29/02/2012..

Fuh!
Penat menantikan untuk capai 4 tahun sekali dia datang ni kan?

Lama,lama,lama (mood Upin Ipin)

Yang mana sambut tahun kelahiran,
Selamat Hari lahir..

Yang mungkin kahwin hari ini,
selamat hari Perkahwinan..

Yang mana meyambut hari ulang tahun perkhwinan,
Aku ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan..

Agar di panjangkan usia serta di limpahkan hidayah yang berpanjangan..
Amin..

Monday, February 20, 2012

Hipotesis Ringkas

Assalamualaikum..


Kata orang:
Biarlah tak berapa kaya,
asalkan wang itu cukup..

Kata aku:
Semakin banyak duit, semakin tidak mencukupi..
Satu hipotesis yang ringkas..

Benarkan?

Saturday, February 18, 2012

Kaya Tapi Miskin

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Kaya tapi miskin..
Miskin tapi kaya..

Dua perkataan yang cukup membawa erti berbeza..
Dua kehidupan yang cukup ketara..

Pelik?
Kenapa?
Apa yang kaya dan miskin?

Semua dari kita bila tanya persoalan ini, ramai yang mengiakan..
Contoh:
Siapa nak kaya?
Semestinya ramai sama ada angkat tangan, setuju atau mengangguk..
Betulkan?

Ramai di antara kita kaya..
Namun miskin statusnya di sisi Allah..

Ramai juga antara kita miskin..
Tapi kaya di sisi Allah..

Teramatlah jarang antara kita kaya di dunia dan
kaya di sisi Allah..

Kenapa?
Mesteri..

Sekadar anggaran..
Kekadang kita lebih sibuk mencari harta di dunia sehinggakan terlupa akan kehidupan selepasnya..
Hanya untuk apa?
Untuk kesenangan untuk hidup seketika cuma..
Ya, tak salah untuk jadi kaya..
Cuma kekadang kita terlupa untuk beramal..
Kata orang,
Bila senang, kita sering terlupa untuk menyebut nama DIA..
Namun DIA selalu disamping kita..

Sekadar anggaran..
Biar susah di dunia asalkan senang di hari sana..
Biar kaya di samping Allah..
Namun jangan tersalah sangka..
Bukan beerti tidak berusaha untuk berjaya..
Tetap berusaha untuk berjaya..
Biarlah berjaya di dunia serta ada bekalan untuk hari selepas kematian..
Kata orang
Bila susah, kita cukup senang untuk menyebut nama DIA..

Siapa DIA?
Allah Maha Pemurah..
Allah Maha Mengetahui..

Percayalah akan janji-janjiNya..
Pasti akan ada kebahagian jika kita ikut apa yang diperintahkan..

Bila mati tiada lagi penyesalan berlaku..
Jangan bila mata sudah tertutup, baru menyesal..
Sesal tak akan berguna..

Jadi biar miskin di dunia asalkan kaya di sebelah sana..
Jangan kaya di dunia tapi muflis di sana..

wa'iyazabillah

Friday, February 17, 2012

Mengapa?

Assalamualaikum..

Zaman memang tak pernah berubah walaupun berganjak usianya..
Namun kita yang berubah..
Jadi kenapa perlu persalahkan pada zaman?
Kenapa tidak persalahkan diri?
Atau apa kita malu untuk mengaku kesilapan?
Mungkin jawapan hanya ada pada kita..

Ironinya selalu kita dengar.
Contohnya:
"Nak buat macam mana, zaman dah berubah" atau
"Biasalah zaman serba canggih"..

Namun pernahkah kita letakan perkataan diri kita di tempat itu?
Contohnya:
"Nak buat macam mana diri tu yang berubah" atau
"Biasalah diri tu yang serba canggih"

Tak pernahkan kita letakkan "diri" di sebalik perkatan "zaman"..
Alih-alih "zaman" yang bersalah berbanding "diri" yang bersalah..

Wallahu'alam..

Tuesday, February 14, 2012

Maaf

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Maaf!..
Itu saja yang aku mampu katakan pada saat ini..
Kerana apa?
Kerana Aku bukan seorang pengajar yang baik..

Seriusnya aku katakan yang aku tak pandai nak mendidik..
Serius juga aku katakan bila aku mengajar mesti suara aku kuat..
Mesti garang punyalah!
Mesti marah-marah..

Aku sendiri pun pelik..
Tiba-tiba je bila mengajar mesti aura harimau tu datang..
Sian "student" kena marah..

Student?
Student mana?
Owh! Kan previous aku dah beritahu yang aku sekarang ada pembantu..
Jadi aku yang tunjuk ajar mereka..

Maaf ya sebab tergarang..
bukan sengaja nak garang..

Apa-apa pun aku doakan yang mereka boleh buat apa yang patut..
Selamat maju jaya..
Aku mendoakan korang lebih berjaya dari aku..

Tuesday, January 31, 2012

Kerjakah?

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Berakhirnya 31 Januari utk tahun 2012..
Pantas masa berlalu pergi..
Dan yang pasti, masa itu tak akan kembali,
Hanya tinggal kenangan..

Bulan Januari kali ini berbeza dengan tahun sebelum..
Kenapa?
Stress kerja yang teramat banyak.,.
Sebegitu juga dengan mesyuarat yang perlu dihadiri..
Overload kerja mungkin?!

Bulan januari tahun ini juga banyak perubahan,
Kali ini ada pembantu (Young Skalian/Ys)
mula masuk kerja dan bekerjasama dengan aku,,.
Banyak aku perlu bantu dioarang..
Harap mereka faham itu dan ini dalam masa yang singkat..
Ringanbeban aku nanti..
Walaupun aku tahu aku bukan seorang "cikgu" yang bagus..

Bulan Januari,
Perubahan pada bos..
Cukup berbeda berbanding dengan tahun sebelum..
Kenapa?
Aku masih mencari jawapan..

Berakhirnya bulan Januari..
Muncul Febuari..
Belum tahu apa akan berlaku,,
Tunggu dan lihat..
Bertindas bila perlu..

Wallahu alam..

Thursday, January 19, 2012

Pejam Celik Pejam Celik

Assalamualikum dan salam ukhwah..

Pejam celik pejam celik, bulan Januari ni dah hampir penghujung..
bak kata orang Indonesia "Waduh! Pantas bangat masanya berlalu"
Terasa bukan sebegitu pantas masa berlalu pergi..

Cuba bayangkan Situasi antara Si A dan si B..

Si A: B, ko npak kan pen ni kat sbelah kanan ko?
Si B: ah ha, gpun aku tak buta (nada berseloroh)

*Gelak

Si A: baik, cu cuba try test ko pejam mata jap.
Si B: nak wat pe?
Si A: Would you please do that! (pergh! Speaking London)
Si B: Fine! I'll do it (tak mau mgalah tuk speaking London)

*Beberapa saat kemudian

Si A: Bukak mata ko..
Si B buka mata..
Si A: apa yang ko dapat tengok sekarang?
Si A: Pen kat sebalah kiri ko kn?!
Si B: Ye lah! Sebab ko alihkn..
Si A: Ko paham tak maksud aku?
Si B: Ko cuba bodohkan aku, kan?
Si A: Tak! Just sayin', begitulah masa..

"Hanya pejam mata untuk seketika, semuanya pasti akan berubah"

Begitulah masa yang tak pernah berhenti sejenak untuk melepaskan penat,
Pasti akan berterusan, sesiapa yang terlambat, nescaya akan ketinggalan..

Si B: ah ha ye lah ko Professor oii..
Si A: moga do'a ko di makbulkan Allah..

Jadi itu lah MASA..
Pejam celik Pejam celik
pagi menjelma..
Pejam celik
Senja menjengah..
Pejam celik
Malam silih berganti..
Pejam celik
Mungkin ajal kita pula yang menyapa..
Betul kan?

Thursday, January 12, 2012

Gambar

Assalamualaikum dan salam ukhwah

Di perpagian hari (walaupun baru je masuk),
Aku terasa nak kongsi gambar yang aku rasakan terbaik yang
aku sendiri tangkap (captured)..

Mana yang tahu dalam bidang photografi,
Bolehlah betulkan atau ajarkan saya agar boleh lagik jadi pro..
Jika tak berapa nak cantik maaf..
Lagi pun aku di peringkat permulaan..











Jadi, macam mana?
Boleh "improve" lagi kan?

Wednesday, January 11, 2012

Tiada Hentinya..

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Hari yang silih berganti..
Semakin kehadapan..
Semakin kita di mamah oleh usia..


Tiada hentinya ALLAH mencurahkan ilmuNYa..
Mahu atau tak--> itu jawapan kita..
kata orang "Semakin kita banyak belajar, semakin bodohlah kita".
Jadi tiada hentinya kita perlu belajar..

Dan hari ini, aku belajar balik Adobe Photoshop (Walaupun sebelum ini telah belajar), itu pun "basic" sahaja..
Mungkin tidak istiqamah dalam membuat sesuatu..

Ini hasil apa yang aku belajar..



Monday, January 9, 2012

Dunia Di Penghujung Usia

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Tahukah kita?
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan..

Terfikirkah kita?
Dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti..

Dunia di penghujung usia..
Dunia di akhir zaman..
Dunia yang hampir kiamat..

Ayuh! Jangan tunggu untuk berbuat amal..
Semoga kita dalam kalangan-kalangan orang yang beriman..
Insya Allah..

Thursday, January 5, 2012

Diri Sendiri

Asslamualaikum dan salam ukhwah..

Tahun tak pernah berubah namun yang merubah hanyalah kita yang bergelar sebagai insan..
Semakin meningkat umur, semakin pendek pula umur untuk berjumpa dengan Dia Sang Pencipta..
Apakah persiapan kita menuju hari sana?

Satu peringatan yang nyata untuk kita semua..
Setiap ada kehidupan, Mesti akan ada kematian..
Tidak kira peringkat umur,
Juga tidak kira pada jantina,
Tidak juga dikelaskan pada alim, jahil dan sealirannya..
Pasti semua orang akan menemui ajal sesudah ada kehidupan sebelumnya..

Selamat Hari lahir pada diri sendiri..
Semoga dengan peningkatan umur ini akan menjadikan aku lebih matang,
Lebih bertanggaungjawab pada diri sendiri, keluarga serta pada Yang satu..
Insha Allah..

Tuesday, January 3, 2012

Masa yang tiada undurnya

Assalamualaikum dan salam tahun baru..

Allhamdullillah sudah pun kita mengecapi tahun baru.. Sudah masuk hari yang ke-4 pun dalam tahun Januari ni.. Pantas bukan masa berjalan..

Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)

Semakin hari semakin bertambah usia..
Semakin bertambah pula tangganggjawabnya..
semakin mencabar dalam menangani hari-hari yang mendatang..
Kerana apa?
Hanya kerana masa yang tiada undurnya..

kata orang azam baru itu penting dalam tahun-tahun yang mendatang..
Kerana kata orang barulah kita tahu sama ada cita-cita tercapai atau belum..
Pelbagai azam yang bermain di minda..

Namun pernah kita persoalankan pada diri persoalan ini;

Apakah sudah cukup amalan kita?
Apakah sudah tertebus dosa kita?
Apakah layak kita menjadi penghuni syurga?
Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?

Terlintaskah?

Percayalah..
Masa tiada undurnya..
Selagi hidup berbaktilah pada jalan-jalan yang benar..
Jangan kita terlambat..
Berbuatlah baik masa mata masih terbuka luas..

Jangan kita merayu untuk berbuat baik bila mata tertutup rapi,
Bila Mungkar dan Nakir mula bentangkan soalan-soalan yang sedia kita tahu..
Namun berjayakah kita menjawab soalan-soalan bocor tersebut?
Wallahualam..
Belum tentu bukan?

Allah berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 18-20 yang bermaksud: (Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang Telah dilakukannya (sebagai persiapan) untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri , mereka Itulah orang-orang yang fasiq. Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah mereka yang benar-benar beruntung)..