Saturday, June 30, 2012

Hanya Kerana MULUT!

Ingat!
Kerana mulut badan binasa!

Terdengar perumpaan yang sangat sedap di dengar berkenaan dengan mulut.
Perumpamaannya seperti dibawah:

Jika mulut baik seumpama membawa gelas yang berisi air..
Gelas yang sempurna, air yang banyak, di bawa kemana-mana pun,
Nescaya air itu dalam kedaan yang baik..
Tidak berantakan..
Tidak tumpah..

Jika mukut yang jahat seumpama membawa air dalam gelas yang bocor..
Sudahlah airnya berkurangan..
Bahkan airnya juga berantakan..
Menitis di mana-mana..

Jika jahatnya mulut tak terbendung..
Seperti membawa air dalam gelas yang pecah..
Bukan sahaja tiada air dalamnya..
Bahkan tumpahnya pada satu tempat bahkan berberai..

Sebegitulah mulut itu..
Ingat!
Kata-kata yang dilontarkan tidak akan berpatah balik..

Seumpama
jika teguris dek pisau, berdarah,
nescaya akan sembuh walaupun mengambil masa..
Namun dengan kata-kata,
Tidak akan sembuh, terbirat dalam hati..

Bak kata pepatah,
Terlajak perahu boleh di undur..
terlajak kata?
Padah jawapnya..

Sila jaga mulut masing-masing..

No comments: