Monday, December 6, 2010

5 Cara Merosakkan Otak

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan..

Allhamdulillah jari ini terus lagi menari dalam menciptakan "entry yang seterusnya untuk kalian..

Kali ini "entry" aku ialah 5 Cara Merosakkan Otak.. Bagaimana? siapa? kenapa? Mesti itu yang terlintas dalam kotak pemikiran kalian kan? Baiklah, untuk mengetahui lebih lanjut apakah entry kali ini, memperislakan lah kalian membaca entry kali ini. Aku berharap agar "entry" kali ini, kita mendapat manfaat bersama..

5 Cara Merosakkan Otak

Pertama:
Tidak mengambil sarapan pagi

> Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

Fakta:
saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Kajian yang dijalankan "Food Facts Asia" dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.
Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.. Bukan sahaja mencerdaskan otak malah melangsingkan badan di samping mengelak dari masalah lain.. Jadi kenapa tidak kita ambil sarapan pagi?! Itu kan bagus untuk kesihatan kita sendiri..

kedua-
Terlebih makan

>Namun berwaspada pula jika ambil sarapan pagi atau semasa makan tegahari, malam dan sebagainya.. jangan pula kita ambil makanan berlebihan, ini kerana akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak..

Fakta:
Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya. Jadi, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya. JAdi benar bukan berhenti makan sebelum kenyang untuk mengelakkan keroskan berlaku pada otak..

ketiga-
Perokok



>Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

Fakta:
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Bahkan gas ini boleh melemahkan keupayaan otak kita berfikir dan penyumbang kepada budaya lupa. Ternyata bukan?!!

keempat-
Penggunaan gula yang berlebihan

>Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

Fakta:
Gula menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

kelima-
Pencemaran udara

>Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

Fakta:
Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum dan salam perpaduan..

Mengeluh pada diri sendiri kerana hampir sebulan aku tidak menulis cerita-cerita dalam blog sendiri.. Tertanya juga pada diri "sibukkah aku?, atau "tergendalakah blog aku?" atau seperti mana pepatah melayu "hangat-hangat tahi ayam".. Mengeluh bersendirian.. Alangkah tidak istikamahnya aku dalam meneruskan untuk menulis blog sendiri.. Bulan lepas (November) hanya beberapa sehaja yang aku sempat menulis.. Itu pun tidak banyak "input" yang aku sempat untuk berkongsi.. Alangkah ruginya aku, sesungguhnya masa itu tidak dapat aku undurkan..

Namun pagi ini, aku mengambil kesempatan untuk membenarkan jari jemari menari-nari atas pepapan laptop untuk menulis dan meneruskan blog ini dari terus tergendala.. Aku berharap agar blog ini terus di tulis dan terus dibaca oleh kita bersama.. Insha Allah..

Aku juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru Islam 1432 Hijrah.. Moga-moga kita menjadi hambaNYA yang senantiasa setia, senantiasa berkhidmat untukNYA.. Insha Allah..

Tertanya pada diri sendiri, perlukah kita memasang niat atau azam yang baru sempena tahun baru? Aku kira kalian juga begitu.. Membuat azam atau memasang niat yang baru sempena tahun baru, bukankah begitu? Atau apa mungkin kita teruskan mengalas azam dan niat yang lepas untuk membuatkan azam mahupun niat itu tercapai dan menjadikan ia satu realiti?! atau apa mungkin kita terus lupakan azam dan niat yang lepas hanya kerana telah masuk tahun baru? Pernahkah kalian berfikir begitu? atau konsep yang aku cakap ini ternyata salah? Betulkan aku sekiranya aku salah..

Bagi aku sendiri, aku masih mengekalkan niat-niat yang lepas.. Benar niat atau pun azam aku masih belum tercapai dari dulu lagi.. Bukanlah kerana tidak berusaha bersunguh-sungguh namun aku merasakan usaha aku tidak memadai untuk menjadikan ia menjadi satu realiti namun tidak pula aku berpatah arah dalam menggapai azam aku ciptakan.. Aku berharap agar azam aku ini tercapai.. Mudah-mudahan kalian juga begitu.. Insha Allah.. MOga-moga Allah mempermudahkan urusan kita dalam mencapai azam kita pada tahun ini.. Amin..

Renungan bersama:
"Matlamat hidup Adalah suatu usaha yang jitu berpandukan Al Quran dan Sunnah Rasullullah s.w.a bagi mengembalikkan martabat agama & ummah agar beriman dengan jitu kepada Yang Esa"

Monday, November 15, 2010

Rutin Seharian

Assalamualaikum dan Salam ukhwah..

Kali ini aku tidak mahu menulis panjang-panjang namun gambar di bawah ini akan menerangkan mungkin sebilangan kita yang suka melayari internet.. Namun tidak pula aku menafikan kerana aku juga sebegitu.. Ya, pernah aku tidak tutup laptop aku seharian untuk "mendownload" cerita-cerita dari internet sehingga laptop meragam.. Mungkin "dia" menunjukan protes supaya jangan melakukan sebegitu rupa.. mungkin.. Siapa tahukan?!

Tanpa penerangan lebih lanjut sila lah tengok gambar-gambar ini.. Mungkin ada yang tak sesuai untuk di lihat.. Maafkan aku sekiranya kalian tidak bersetuju atau menyentuh sensitiviti kalian..




Renungan Bersama:
Allah Berfirman: "Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan" (Al-Qashash 28:84)

Monday, November 8, 2010

Berdiam Dirilah Kamu

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Cukup lama aku aku tidak membuka blog “Selagi Ada Nyawa”.. Cukup lama juga aku mencari isu untuk entry kali.. Allhamdulillah hari ini ada sedikit buah fikiran untuk dicoretkan dalam entry kali ini.. Insha Allah kita dapat manfaat entry yang aku utarakan kali ini..

"Berdiam Dirilah Kamu"

Benar!! Ternyata benar andaian kalian.. Semua orang suka bercakap tidak terkecuali aku.. Ternyata aku suka bercakap sama ada cakap-cakap kosong atau cakap berilmu (adakah aku berkongsi ilmu dalam percakakapan aku?) kalian pula macam mana? Benar! Tidak akan ada bayaran dalam bercakap.. kata orang sebab percakapan itu adalah percuma.. Kenapa tidak menggunakan semaksimum yang munkin.. Namun tidak kah kita sedar bahwa percakapan yang banyak itu mungkin sesia mahupun kita mencipta dosa yang kita sendiri pun tidak sedar? Sedarkah kita?

Sering kali bukan kalian dengar berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata?!.. Kenapa begitu? Kenapa kita sering kali mengatakan begitu? Adakah kerana kita tidak cukup hujah untuk berkata-kata? Atau lebih baik berdiam diri dari wujudnya pergaduhan? Atau hanya mampu mendegar? Yang manakah posisi kalian dalam hal ini?
Teringat pula akan hadis Nabi junjungan kita dalam hal ini.. Sabdanya berbunyi:

“Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)

Ternyata bukankah lebih baik berdiam diri itu dari berkata-kata.. Kekadang kita lebih mahu mempertahankan dalam hal bercakap, senantiasa ingin betul, tidak terkecuali aku.. Sering kali juga aku mempertahankan dari diri ini di tuduh salah dalam sesuatu perkara.. Waktu itu tidak lagi terfikir berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata.. Cuainya aku tika itu.. Tidak pula aku ingat akan kata-kata ini:
“Banyak diam tidak semestinya bodoh,banyak cakap tidak semestinya cerdik,kerana kecerdikkan itu buah fikiran,orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap”.

Selepas penat mempertahankan diri dari perbahasan mulut, lantas teringat akan sabda Nabi junjungan tentang berdiam diri dari berkata-kata.. Mungkin konsep yang sering aku guna ialah :. “Argh, Terlupa”.. Mungkin bukan kalian mengunakan konsep ini..

Banyak kali hati berkata lain kali tidak akan mengulanginya lagi namun malang, mulut ini senantiasa ringan dalam mempertahankan diri.. Aku kalah dengan godaan nafsu yang melonjak untuk menang.. Aku kalah dengan gelora darah panas pemuda yang baru kenal erti dunia.. Betapa aku tidak menghayati sabda Nabi kita ini.. Moga- moga dengan entry kali ini aku sendiri serta kalian berwaspada dalam bercakap, namun tidak pula kita berdiam diri seribu bahasa bila ada orang menegur.. Jangan sampai pula kita menjadi sombong hanya kerana mahu berdiam diri dari berkata-kata..

Renungan bersama:
Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

Monday, November 1, 2010

Pandangan Mata

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah..

Allhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyembahNya.. Masih ada kesempatan untuk kita sama-sama kita melakukan kebaikan dimuka bumi ini untuk kita jadi bekalan di dunia sebelah sana pula.. Insha Allah..

Pandangan Mata ini di nyayikan oleh penasyid terkenal iaitu Hijjaz.. Aku sebenarnya tertarik dengan bait-bait lagu ini.. Ternyata benar sekali.. Sama-sama kita hayati bait-bait lagu ini..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Moga-moga kita sama-sama mendapat manfaat dari lirik nasyid ini..

Renungan bersama:
Allah Subhanahu Wa Taala berfirman :

” Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.”( An-Nur : 30-31 )

Thursday, October 28, 2010

Bukan Satu Tapi Dua

Assalamualaikum dan Salam ukhwah...

Moga-moga kehidupan kita selalu diberkatiolehNYA.. Insha Allah.. Moga-moga kita berbahagia di dunia mahupun akhirat..Insha Allah..

Tanpa berbicara lebih panjang, Bersama-sama kita renungkan entry kali ini.. Insha Allah, kita mendapat manfaatnnya..

BUKAN SATU TAPI DUA

DUA kali muda
DUA kali hidup
DUA kali Mati

DUA KALI MUDA

Kali Pertama
Saat kita dilahirkan, saat kita menempuh zaman bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa.. Jelas proses pembesaran zaman muda.. Maka benarlah kita muda pada kali pertama.. Skrip biasa yang selalu kita mungkin guna atau dengar ialah "biarlah akudulu, mudakan sekali sahaja".. Tidak betah melawan lagi bila mana mereka menggunakan skrip itu lagi, seolah-olah kita turut bersetuju dengan pernyataan itu.. Kekadang berfikiran seolah-olah tiada lagi esok jika tidak menggunakan kesempatan hari ini untuk memuaskan nafsu kita.. Arghhh! Hanyut kita di buai dek mimpi-mimpi indah di dunia.. Pernahkah kita berfikiran bahawa kehidupan di sebelah sana? Tahukah kalian bahawa muda itu bukan sekali sahaja?

Kali Kedua
Benar muda itu bukan sekali namun dua kali.. Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad (S.A.W) pernah berjenaka dengan wanita tua.. ini antara dialog Baginda dan wanita tersebut..
meminta dia untuk berdoa baginya untuk berada di syurga. Dia berkata kepadanya: “Tidak ada wanita tua akan masuk syurga”. Ketika dia sudah tua, Safiyyah mula menangis. Dia tersenyum dan mengingatkannya pada beberapa ayat dalam Al-Quran bahawa membuat jelas bahawa semua wanita di syurga akan dikembalikan kepada perdana muda mereka Rasulullah menjelaskan, “tidakkah kamu membaca firman Allah ini
Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya”.
Maka benarkan bahawa muda itu bukan sekali..


DUA KALI HIDUP

Kali Pertama
Pertama, hidup di dunia.. Ya, seperti sekarang.. MAsih ada kesempatan untuk kita bernafas serta menikmati alam ciptaanNYA.. YA, sebelum kita menutup mata untuk berhijrah ke alam sebelahnya pula.. Namun perlu di ingat bahawa hidup juga kiata akan menempuhi alam hidup sebanyak dua kali.. Keliru? usah biarkan minda mu itu keliru...


Kali Kedua
Hidup yang terjadi selepas bangkit dari kubur sehinggalah ke Hari Perhitungan dan Pembalasan iaitu alam abadi yang tidak ada lagi kematian padanya. Hidup di sini sama ada syurga atau di neraka.. Maka benarkan bahawa kita akan menempuhi alam kehidupan sebanyak dua kali.. Setujukah kalian?



DUA KALI MATI

Kali Pertama
Mati pertama ialah semasa masih dalam perut sebagai air mani, kemudian segumpal darah dan sepotong daging sebelum ditiupkan roh. Sebelum ditiupkan roh pada peringkat ini dikira belum hidup dan oleh sebab itulah ia disebut sebagai mati..


Kali kedua
Mati kedua ialah mati yang sudah lumrah dikenali iaitu tibanya ajal di dunia dan kembalinya tubuh badan ke dalam tanah (kuburTafsirnya: “Mengapa kamu kufur kepada Allah, padahal kamu sebelumnya mati sebagai air mani di dalam tulang shulbi bapa kamu, lalu Allah menghidupkan kamu di dalam rahim dan di dunia, kemudian kamu dimatikan ketika ajal kamu tiba, selepas itu kamu dihidupkan, lalu kamu dikembalikan di akhirat dan Allah pun membalas amal kamu.” (Surah al-Baqarah:28)

‘Abas Radhiallahu ‘anhuma berkata: “Kamu dikira dalam keadaan mati sebelum kamu dijadikan, dan inilah yang dinamakan kematian (pertama). Kemudian kamu dihidupkan (di dunia) dan inilah yang dinamakan kehidupan (pertama). Selepas itu kamu dimatikan, lalu kamu dikembalikan ke dalam kubur, dan inilah yang disebut kematian (kedua). Selepas itu pula kamu dibangkitkan pada hari kiamat, dan inilah yang disebut sebagai kehidupan (kedua)..: “Mereka menjawab: “Ya Tuhan Kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?”

Terbukti bukan bahawa bukan satu tapi dua..


Renungan bersama:
“Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian” (Surah At-Tin : 4)

wallahualam bi shawab

Monday, October 25, 2010

Mainkan Gitarmu Dalam Masjid

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah..

Allhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk kita menikmati kehidupan di dunia yang serba sementara ini.. Moga-moga kita semua masih ada kesempatan untuk berbuat amal sebelum kita berangkat ke "negeri" sebelah sana... Dansemestinya kita akan menjejaki kaki ke "negeri" sebelah sana, sama ada cepat mahupun lambat..

"Mainkan Gitarmu Dalam Masjid"
Apa perasaan kalian sekiranya gitar di mainkan dalam masjid?

"Mainkan Gitarmu Dalam Masjid"
Apakah perasaan kalian sekiranya ketika kita menjadi tamu Allah dan terdengar bunyi gitar di mainkan dalam masjid?

"Mainkan Gitarmu Dalam Masjid"
Apakah tanggapan kalian terhadap individu yang bermain gitar dalam masjid?

Semestinya kalian marah dan protes terhadap individu yang bermain gitar tersebut bukan?
Semestinya kalian lantang bersuara untuk menunjukkan ketidakpuasan terhadap individu yang tak bertanggungjawab tersebnut, bukan?
Semestinya tanggapan kalian ke arah negatif terhadap mereka.. Bukan kah begitu? Sudah semestinya..

Itulah perumpamaan-perumpamaan yang diberikan oleh bilal masjid sebentar tadi.. Sebenarnya beliau menegur dan memperingati segelintir jemaah yang alpa untuk mematikan atau menukar nada diam/ senyap telefon mereka ketika menjadi tetamu Allah..

Tambahnya lagi, kita selalunya lebih menghormati orang-orang kenamaan sebagai contohnya menghadiri sesuatu program sudah semestinya kita menukar telefon kita nada diam/senyap atau matikan terus telefon kita agar program itu berjalan dengan lancar dan untuk mengelak dari malu (disebabkan deringan), namun sayang, malu kita itu tidak pula pada Allah dan ketika menjadi tetamu Allah.. Masya Allah..

Tidakkah kita sepatutnya malu pada Maha Pencipta berbanding sesama kita? Tidakkah kita perlu menghormati Allah berbanding sesama manusia? ah! Manusia yang mudah alpa.. Namun tidak juga terkecuali aku serta kalian... bukan kah begitu?

Hanya sedetik deringan telefon berbunyi separuh dari kita mungkin akan terganggu tambahan lagi bunyi musik yang kita selalu dengar.. Kekadang kita boleh menyanyi dalam hati ketika deringan berbunyi walaupun tengah sembahyang.. Hebat bukan teknologi terkini? Atau kalian sebegitu kusyuk dalam menunaikan sembahyang? Jika Sedemikian, Allhamdulillah.. Jika terganggu Masya Allah.. MOga-moga Allah menerima solat kita.. Insha Allah..

Teknologi itu tidak salah, namun kita yang salah menggunakan teknologi tersebut.. Deringan telefon juga tidak salah namun kita tidak dapat membezakan dimana seta bila untuk menggunakannya.. Jangan kerana hanya deringan yang sementara, anda menaggung dosa jemaah yang lain di sebabkan mereka hilang konsentrasi dalam menunaikan solat, serta jangan hanya satu deringan anda di cemuh oleh para jemaah.. Maka beringatlah..

Jika kita lihat dalam masjid hatta dalam surau pun mempunyai tanda "matikan telefon anda, seruan Ilahi lebih penting" atau pun " Panggilan Allah lebih utama" oleh mana-mana pihak.. Bukankah itu memadai untuk kita mematikan atau nada senyap telefon kita? Bukankah perihal akirat itu lebih penting berbanding perihal duniawi? Manusia penuh dengan kealpaan.. Masya Allah..

Peringatan ini untuk aku sendiri dan juga kalian.. Moga-moga kita mendapat pengajaran serta peringatan dengan membaca coretan aku ini.. Moga-moga kita beroleh manfaat.. Insha Allah..


Renungan bersama:

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”
Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

Sunday, October 24, 2010

Cuma 3 Hari

Assalamualaikum..

Allhamdulillah bertemu lagi kita untuk entry sekalian kalinya.. Entry kali ini pula "'Cuma 3 Hari".. Apa yang 3 harinya? Kenapa 3? Bukan 4 atau 5 atau seterusnya? Kenapa 3? Mengapa? Siapa? banyak bukan persoalan yang timbul, namun jika baca entry kali ini, Insha Allah kalian dan aku sendiri paham dan akur akan kehendakNya..

Apa yang 3 hari?
Jawapan: Kehidupan kita..
Biar betul kehidupan kita hanya 3 hari.. Tentu sahaja itu yang berlegar di fikiran kalian bukan?

Siapa?
Jawapan: kita..
Ya, kita semua yang menghuni bumi ini.. Kehidupan yang sementara

Mengapa 3 hari sedangkan kita telah hidup lama (mengikut umur masing-masing)?
Jawapan: Ini sebabnya

1- SEMALAM..
Kita tak boleh mengubah apa pun yang telah terjadi pada hari semalam.. Percayalah kita tidak boleh menarik perkataan yang telah kita cakapkan.. Bak kata pepatah "telajak perahu boleh di undur, telajak kata?".. Kita tak mungkin dapat menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan semalam.. bolekah kita? Namun biarkan hari semalam sudah terlepas, lepaskan berlalu pergi…

2- HARI INI..
Pintu masa lalu telah tertutup, namun begitu juga pintu masa depan yang masih belum terbuka.. BIarkan saja pintu masa hari ini terbuka dan terus terbuka sementara menunggu pintu masa esok yang belum tentu untuk kita.. Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kemarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.. Insha Allah.. Penuhkan amalan serta perbuatan kita untuk hari ini..

3- ESOK
Mentari esok hari terbit, Kita tak tahu apa yang akan terjadi.. PAstikah mentari itu untuk kita pada esok hari? Atau apa mungkin hari ini hari terkhir kita melihat mentari indah terbentang di dada langit? Sepastinya Kita tidak boleh melakukan apa-apa untuk hari esok.. Esok belum tentu.. Semestinya belum tentu.. Belum tentu mata terbuka, belum tentu kita bahagia, belum tentu kita sengsara.. Belum tentu.. Esok yang menimbulkan persoalan.. Biarkan saja…

Jadi mengapa kita sesali apa yang berlaku pada semalam? Berjanjilah kita tidak akan sesekali melakukan kesilapan semalam pada hari-hari yang akan mendatang.. Kembalilah kepada ALLAH sekiranya kita melakukan kesilapan.. Namun, tidak pula kita mengharap hari esok yang belum tentu untuk kita.. Capailah hari ini, gapailah hari.. Nikmatilah hari ini dengan jiwa yang tenang.. Beramallah kita untuk memastikan kita bahagia di dunia dan akhirat kelak.. Insha ALLAH..

Macam mana tanggapan kalian? Bersetujukah kalian?


Sebelum aku menandakan noktah untuk entry kali ini, kita renungkan kata-kata penulis novel tersohor Malaysia- Ramlee Awang Murshid

"Mati itu pasti, hidup? insha allah"

Saturday, October 23, 2010

Kenapa "Selagi Ada Nyawa" ?

Assalamualaikum..

Bertemu kita sekali lagi dalam "Selagi Ada Nyawa" untuk kali ini.. Entry kali ini pula ialah "Sebelum Ke Alam Sana".. Seram bunyinya.. Wah! Apa pula kali ini penulis ingin coretkan dalam blog untuk tatapan kalian.. Mungkin itu yang bermain di minda kalian bukan?!

Entry sebelumnya aku telah berjanji untuk mengupas tajuk serta kenapa aku menamakan "Selagi Ada Nyawa" untuk blog ini..

Ini sebabnya:
1- Selagi Ada Nyawa, tidak akan ku berhenti untuk mencintai Mu Ya ALLAH..
2- Selagi Ada Nyawa, akan ku berbakti untuk diri sendiri, keluarga serta kawan-kawan.. Insha Allah..
3- Selagi Ada Nyawa, akan ku coretkan pendapat serta buah fikiran untuk kalian tatapi..
4- Selagi Ada Nyawa sebelum menutup mata..
"Selagi Ada Nyawa"



Sebelum aku menoktahkan entry kali ini, sama-sama kita renungkan tafsir Al- Asr

Al-’Asr 103: (1-3)

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar..

Saturday, October 16, 2010

Perkembangan atau Sekadar Turutan?

Entry kali "Perkembangan atau sekadar turutan? gempak bukan tajuk entry kali ni (gempak ke?)..

Sebelum aku mencipta blog "Selagi Ada Nyawa".. Aku sering berfikir sama ada relevan atau tidak sekiranya aku mempunyai blog sendiri? wajar kah? apa manfaatnya? ada ke? Pantas otak ini berfungsi dan menjana pendapat sama ada wajar atau tidak untuk mempunyai blog sendiri..

Akhirnya aku membuat kata putus untuk mempunyai blog sendiri.. Biarlah orang berkata apa pun.. Aku berpegang pada kata2 peribahasa kita "mulut tempayan boleh tutup namun bukan mulut manusia"..

Kemudiannya keluarlah tajuk entry kali ini.. Perkembangan atau sekadar turutan sahaja? Kenapa? Mengapa? Ini jawapannya:
1- Semua orang mempunyai blog mereka sendiri.. Namun lain pula persoalan yang timbul di benak fikiran ni ialah: aku tiru orang ke? orang ada, aku pun nak ada juga, boleh ke aku urusakan blog aku? tidak tergendalakah nanti?
2- Aku selalu kagum dengan penulis-penulis blog. Banyak pengalaman serta isu-isu yang di bangkitkan serta dibincangkan . Persoalan yang wujud dalam kotak pemikiran kali ini ialah: Apakah akan ada perbezaan dalam menulis dalam blog aku ini dengan orang lain? Apa aku boleh menulis sebijak dan setangkas mereka dalam menulis hujah serta penyelesaian masalah dalam isu-isu mereka utarakan? boleh ke aku? mampu ke aku?

Persoalan ini lah yang selalunya membuatkan aku sedikit gusar dalam mencipta serta menerbitkan blog ini, namun pemikiran positif yang masih ada dan akan selalu ada ini membuatkan aku lebih berfikiran yang lebih matang.. Insha Allah..

Aku berharap agar blog yang aku ciptakan ini mempunyai manfaat yang tersendiri, aku berharap agar blog ini mempunyai "input" dan "output" yang tersendiri.. Dengan terciptanya "Selagi Ada Nyawa" ini bukanlah sekadar turutan namun menjadi perkembangan semasa..

Mengapa aku membuat tajuk blog aku dengan tajuk "Selagi Ada Nyawa? ingin tahu? Insha Allah entry akan keluarkan akan ku kongsi dengan kalian..

Sekian..

kata-kata renungan bersama:
"Masalah bukanlah halangan namun sebuah kejayaan.. Anggapkan masalah itu cabaran untuk berjaya"

Wednesday, October 6, 2010

Selagi Ada Nyawa- Permulaan Cerita

Assalamualaikum..

Segala pujian bagi Allah SWT yang telah menciptakan makhluk berkata-kata dan yang melata di permukaan bumi ini. Kehebatan, keagunggan yang tiada tara itu memberikan kemudahan dan kenikmatan kepada manusia untuk berinteraksi sesama kita..

Selamat datang dan Ahlan Wasahlan saya ucapkan kepada semua pengunjung sama ada yang sudah lama dikenali semenjak saya menulis di www.arsraf-selagiadanyawa.blogspot.com

Aku berharap agar blog "Selagi Ada Nyawa" ini tidak terbengkalai dan aku berharap agar blog ini boleh meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku pernah lalui dan mungkin akan ku kongsi pengalaman dlm menjalani kehidupan ini..

Para pembaca (ada ke?) aku berharap agar kalian boleh komen dlm apa bentuk sekali pun dlm blog ini agar blog ini lebih bagus dari semasa ke semasa...

Aku kira sudah cukup untuk membuat permulaan cerita dalam memperkenalkan "Selagi Ada Nyawa" untuk kalian..

Sebelum ku menoktahkan dalam permulaan cerita ini, ingin ku kongsi sabda NABI junjungan kita.. Sama-sama kita renungkan


Rasulullah (SAW) ada bersabda:
"Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun. Beramallah kamu seperti kamu akan mati sebentar lagi".