Saturday, June 30, 2012

Hanya Kerana MULUT!

Ingat!
Kerana mulut badan binasa!

Terdengar perumpaan yang sangat sedap di dengar berkenaan dengan mulut.
Perumpamaannya seperti dibawah:

Jika mulut baik seumpama membawa gelas yang berisi air..
Gelas yang sempurna, air yang banyak, di bawa kemana-mana pun,
Nescaya air itu dalam kedaan yang baik..
Tidak berantakan..
Tidak tumpah..

Jika mukut yang jahat seumpama membawa air dalam gelas yang bocor..
Sudahlah airnya berkurangan..
Bahkan airnya juga berantakan..
Menitis di mana-mana..

Jika jahatnya mulut tak terbendung..
Seperti membawa air dalam gelas yang pecah..
Bukan sahaja tiada air dalamnya..
Bahkan tumpahnya pada satu tempat bahkan berberai..

Sebegitulah mulut itu..
Ingat!
Kata-kata yang dilontarkan tidak akan berpatah balik..

Seumpama
jika teguris dek pisau, berdarah,
nescaya akan sembuh walaupun mengambil masa..
Namun dengan kata-kata,
Tidak akan sembuh, terbirat dalam hati..

Bak kata pepatah,
Terlajak perahu boleh di undur..
terlajak kata?
Padah jawapnya..

Sila jaga mulut masing-masing..

Tuesday, June 19, 2012

Ingat!

Persoalan yang selalu bermain-main diminda terutamanya di waktu pagi (subuh):

Situasi 1:
Waktu subuh "menjelma"
"nantilah aku bangun sembahyang subuh!"
*Sambung tidur

Tup-tup! dah terlepas subuh..

Situasi 2:

kringgggggggggggggggggggggggggggg! *jam loceng

"alamak!! Terlambat dah"
*terkocoh-kocoh siapkan diri untuk ke pejabat..

Betulkan?
Siatuasi yang mungkin kita hadapi..

Persoalan:
Kenapa perlu pentingkan atau menyegerakan waktu ke pejabat berbanding melengah-lengahkan solat?
Walhal, Solat itu WAJIB! sedangkan kerja itu tidaklah jatuh pada hukuman wajib (betulkan jika saya salah fakta)

kenapa?
Itu persoalannya..

Mengapa?
Itu juga tunjang utama dalam perihal ini..

Persoalan yang mungkin kita boleh jawap dengan pelbagai manupilasi..
Mungkin?!
Atau apa mungkin kita hanya jawab sekadar sahaja?

Jangan sesekali kita berikan alasan:
tak pe! nanti hidayah datanglah!
Ingat!
tak kan datang jika tak mencari..
Dan mati itu bila-bila masa dan dimana sahaja..
Juga perlu ingat
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

Akhir kata

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
*di petik dari : I love Islam

Wednesday, June 13, 2012

Bangkit dari tidur

Biasa! halangan itu mendatang..
Akan tetapi usaha itu perlu di pertingkatkan..
Nanti!! Itu ayat yang melambatkan kerja kita..
Galang gantinya "Berputus asa"..
Kalah!! itu jangan di jadikan kamus untuk berjaya..
Ikhtiar itu penting..
Tanpanya mungkin kita tak kan berganjak..

Sungguh!!

Dan untuk itu kenapa perlu berpatah arah bila mana ada halangan?
Arah kejayaan itu di hadapan.. Buat apa berpaling belakang?
Rasa kemenangan atau kekalahan itu hanya kita yang mengerti!
Itu sudah pasti..

Tidak! Tidak aku berpaling belakang bila tapak sudah kehadapan..
Istilah "hadapan" itu di jadikan pegangan..
Dan! Usaha itu perlu disertakan ikhtiar, tawakkal dan doa itu senjata utama..
Usaha perlu dipertingkatkan bila halangan semakin mendaki..
Rasakan akan kejayaan yang aku ku gapai ini nanti!
Itu pasti

Jadi kenapa tidur lagi?
Bangkitlah dari tidur!!

Jangan lihat pada apa yang kita telah lakukan,
Tapi
Lihatlah apa yang belum kita selesaikan..

Tuesday, June 5, 2012

Perjalanan Ini

Masih jauh perjalanan ini..
Tak akan berhenti walaupun ada halangan yang melitupi jalan..

Sungguh! kakadang, terasa nafas terbeban di dada...
sungguh!,Kekadang terasa nyawa seolah-olah terputus dari jasad..
Benar!, PUTUS ASA! itu ada dalam kamus hidup..

Namun, perlu sandarkan pada impian yang hampir nyata..
Tapi awas!
jangan hanya bersandarkan sahaja tanpa USAHA..

Benar!
Kata orang:
" USAHA itu belum tentu berjaya!"

Tak akan aku katakan itu salah..
Ini pengangan aku:
"Sekurang-kurangnya aku puas dalam berusaha walaupun bertemu dengan jalan buntu"
Sekurang-kurangnya berpuas hati dengan usaha yang aku lakukan..

Masalah itu akan mendewasakan kita!

Monday, June 4, 2012

& Saya Masih Bujang

Allhamdulillah masih ada kesempatan untuk menulis nukilan di blog ini walaupun hampir 1 bulan lamanya tidak menjamu mata serta jari tidak menulis pada halaman ini..

Alasan yang cukup mudah dan jemu akan alasan ini:
"SIBUK"
"BZ"
"KERJA BANYAK"

Kesian diri sendiri.. =.='

Baiklah, berbalik pada tajuk
"& Saya Masih Bujang"

Baru-baru ini berlasungnya 2 perkahwinan dalam keluarga aku..
Abang aku nombor 5 dan adik bongsu aku..
Maka tinggalla aku keseorangan yang masih belum berkahwin dalam keluarga..
Maka dengan ini dengan rasminya
"& saya masih bujang"..

Ramai yang bertanyakan aku

"Kamu bila pula?"
"Dah ada belum?"
"cepat-cepatlah umur tu dah tak tua"

jawapan aku bagi:

"Insha Allah, Allah sudah tentukan jodoh"
"Moga-moga di permudahkan segala urusan"

Dalam hati hanya Tuhan yang tahu apa akan rasa hati ini,
Tapi aku berlagak biasa sahaja..
Kerna aku percaya jodoh itu telah di titipkan oleh DIA..

Kita merancang,
DIA merancang,
& hanya DIA yang tentukan..
Moga-moga perancangan aku sajajar dengan perancangan NYA..

& Saya masih bujang ketika ini..
Tapi saya bahagia..


"Maha Suci Rabb yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui..."
(Surah Yaasin [36]:ayat 36)..