Friday, October 19, 2012

Doktor Gigi

Allahmdulillah.. Hari ini berjaya pujuk diri ke Klinik gigi (kerajaan punya).. Berjaya cabut 1 batang gigi yang sudah lama sakit.. Sebenarnya fobia pada doktor gigi.. Mana taknya jika ada pengalaman ngeri waktu usia remaja dulu (owh! sekarang pun masih remaja apa!) Imbas kembali: Sakit gigi, gigi berlubang.. Ke klinik dan malangnya kena marah dek doktor (1 sebab fobia).. Jadi dah hilang mood.. Lepas itu disuruhnya duduk ata kerusi baring tu, sejuk!! (fobia kali ke 2).. Dicucuknya bius tanpa bagi amaran (fobia ke 3).. Sewaktu "operasi" cabut gigi, Hanya Tuhan saja tahu sakit atau tak (fobia lagi).. Waktu itu juga "ter"bunyi gigi seperti patah (memang fobia)... Lepas pada tu.. Memang tak jejak ke klinik gigi.. Sakit + fobia.. Hari ini... Yakin lebih sikit je.. walaupun mereka (doktor + misi) perli.. Kata mereka "nerveous" sangat ni.. Waktu itu baru setkan minda untuk cabut.. Allahmdulillah Doktor sungguh pandai melayan.. Walaupun sedekit sakit.. 4 kali kena suntik ubat bius, 3 kali tukar alatan untuk cabut gigi.. Hampir fobia... Hahahaha.. Sudah 1 hari mulut masih terasa kebas (penangan ubat bius) 1 juga lah aku tak makan dan tak minum.. Sekarang? Masih tak makan.. Ps: minta-minta lepas ni tak perlu lagi ke klinik untuk cabut gigi..

Friday, October 12, 2012

3 Minggu - Office ku, rumah ku

3 minggu berturut-turut aku dan pasukan kerja menghabiskan masa di pejabat.. Jadi amat sesuai jika aku katakan: Office ku, rumha ku.. Manakan tidaknya.. Bangun pergi pejabat, balik umah semata-mata untuk mandi, tukar baju, makan.. Terus ke pajabat untuk sambung kerja-kerja (projek yang hampir tamat sebabenarnya).. Bekerja tanpa kira waktu (jika pukul 5 pagi pun belum tentu mata ni tertutup).. Esok paginya (selepas subuh).. Terus balik rumah, mandi-mandi, Pukul 8 terus ke pejabat lagi.. Itu rutin selama 3 minggu berturut-turut.. Penat! Letih! Putus asa (cuba untuk tidak).. Hari Khamis (11/10/12).. Selesai 1 bahagian untuk projek ini.. UAT (User Acceptance Test).. Allhamdulillah lepas 1 tangga.. Mereka berpuas hati.. Tapi.. akan ada banyak pembetulan (bug fixing) untuk projek ini.. Masih ada 4 UAT yang berbaki.. erti kata lain.. Masa semakin suntuk, kerja masih berbaki banyak.. Aku tak mahu, rumah dah siap, Tukul masih berbunyi.. Itu teruk.. Ya Allah, Tolong hamba mu ini.. Permudahkan segala urusan aku dan pasukan aku.. P/s: Isnin dan hari seterusnya akan habiskan masa di pejabat lagi.. Dari pagi hingga pagi esokkannya.. Ada sesiapa nak teman tak?