Friday, December 30, 2011

Bila CINTA..

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Pernah dengar kan bait-bait lagu Alif Aziz (walaupun tak minat)?
Bait-bait lagu tu seperti ini:

"Telah ku percayakan,
Hati ini pada mu,
Maka kita tak saling risau"

"Kalau cinta jangan kacau,
Kalau sayang tak perlu marah,
Kalau ikhlas tak minta berbalas,
Serahkan cinta mu,
Pada yang punya cinta"

Indah bukan bait lagunya?!

Kata orang CINTA itu indah..
Kata orang CINTA itu istemewa..
Kata orang CINTA itu adalah segala..

Tiada kekurangan pada pasangan bila bercinta..
Perumpaan "Tak ketemu sehari bagai setahun"
Penangan cinta mungkin?!
Semua indah, Silap dan salap dimaafkan serta dlupakan..

Semua itu dongengan bila mana perhubungan itu berpisah.
Teringat pula lirik lagu oleh Aiman..
Baitnya seperti ini:

"Mungkin kitakan berbeza haluan,
Berakhirnya cerita percintaan,
Segalanya ketentuan tuhan"

"Mungkinkan terputus di tengah jalan,
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan,
Usah ragu dengan takdir,
Mungkin kitakan berbeza haluan,
Berakhirnya cerita percintaan,
Segalanya ketentuan tuhan"

Sudah tentunya jodoh dan pertemuan itu sudah ditentukan olehNYA.
Kenapa kita perlu ragu?
Kenapa perlu gusar?

Setengah pihak sengaja diungkit-ungkit kisah percintaan bila terputus di tengah jalan.
Cerita kurang enak juga dicakap-cakapkan..
Mungkin menjadi sensasi dikalangan Rakan-rakan..
Kenapa perlu begitu?
Hanya kerana janji dimungkiri?
Atau apa mungkin tidak redha dengan apa yang berlaku?

Janji sesama manusia belum pasti tertunai..
Apa mungkin janji kita dengan DIA, sentiasa kita penuhi? mungkin ya, mungkin tidak..
Apatah lagi sesama kita, kan?!
Pernah terlintas difikiran?

Mengapa dan kenapa perihal peribadi perlu diwark-warkan pada semua orang?
Kenapa perlu bercerita buruk pada bekas kekasih?
Hanya kerana tidak puas hatikah?
Atau hanya untuk melepaskan apa yang terasa di hati?
Walhal semasa bercinta semua indah, semua di maafkan..

Tidakkah menampakan kebodohan sendiri?

Sedarlah..
Kejarlah cinta yang tak akan menghampakan kita,,
CINTA DIA sememangnya indah..

Sedarlah,
Memaafkan sesama kita tu kan lebih bagus..
Kenapa perlu berdendam?!
Perlukah?

Wednesday, December 21, 2011

Tahun baru.. Bersediakah?

assalamualaikum dan salam ukhwah..

Hari ini masuk hari yang ke-21 dalam bulan Disember.. Ini bermakna ada beberapa hari lagi untuk tahun baru menjengah.. Pantas sungguh tahun ini berlalu.. Ini bermkana secara rasminya aku sudah pun hampir 1 tahun bekerja dengan syarikat sekarang..

Secara peribadi, aku masih mencari pekerjaan yang betul-betul sesuai dengan aku, apa yang aku mahukan dan dalam bidang pengajian aku.. Lalu tertanya-tanya:

Berapa orang bekerja dalam bidang sendiri?
Pandai sangatkah aku sehingga "demand" yang terlalu tinggi?
Banyakkah peluang pekerjaan yang ada sekarang?

Persoalan yang aku kira sukar untuk dijawab oleh aku sendiri.. Namun tidak pula aku menidakkan pekerjaan sekarang lansung tidak sesuai cuma mungkin masih dalam proses pembelajaran..

Persoalan yang masih pula kau mencari-cari jawapan ialah:

Bersediakah aku untuk bertemu dengan tahun depan?
Atau hanya perlu melalui dengan begitu sahaja?
Atau masih mencari kerja yang lebih bermakna untuk aku?

Entah! Banyak persoalan yang bermain difikiran..
Berkecelaruan otak berfikir..
Masih kabur untuk tengok dan bertemu dengan tahun hadapan..

Berusaha + Tawakal + Doa= Kejayaan..

Moga-moga formula ini berkesan pada aku..

Bersalahkah aku?

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Pagi-pagi dah dapat panggilan dari sahabat sepejabat.. Hanya bergosip seketika cuma.. Kata orang "update" status.. 1 minggu ni aku tak dapat tahu perihal pejabat.. Kenapa? Sebab aku habiskan sisa-sisa cuti.. Topik yang dibincangkan memmang panas.. Bila dengar dan tahu memang tak keruan..
Tup-tup dalam 10 minit kemudian pejabar menelefon.. Berkenaan peperiksaan (walhal baru je bergosip benda alah ni)..

Terus terang suara aku sedikit kuat dan dikatakan yang aku membentak dekat si pemanggil.. Katanya aku tak tahu nak hormat dia.. Dalam hati: lantak ko lah!! malas nak bising.. Aku ceritakan yang aku sekarang bercuti sehingga akihir tahun. Dan aku dimaklumkan yang aku wajib ambil peperiksaan tersebut jika tidak tidak dapat di serapkan.. Siapa tak menggelabahkan?! Tapi jika tak lulus pun sama.. Pihak berwajib (ye ke?) tak akan serap sesiapa yang gagal.. Apakah?!

Jadi jika aku kuatkan suara tu tanda aku marah-marah kah? Pelik tapi benar..
Salah aku kah bercuti panjang dan lamabt diberitahu perihal ini? Walhal pihak diorang yang meluluskan cuti aku.. Pening mungkin dioarang ni.. Nasib badan..
Apa satsu aku nanti? tergantungkan?!

Thursday, December 8, 2011

Buat Kesalahan tu Normal.. Tapi...

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Benar kata orang : "Buat salah itu normal"..
Benar juga kata orang: "Dengan kesalahan itu kita menjadi lebih bagus"

Jika bait-bait ini disebut-sebut tahun 90-an, aku rasa berguna..
Jika disebut pada zaman melenium ni, aku kira kurang relevan.. Kenapa begitu?!

Jika kita buat salah, berapa ramai yang hulur tangan memberi bantuan?
atau lebih ramai yang mencemuh?
Aku rasa lebih ramai yang mencemuh dari membantu..
Benarkan?!

Bila kita nak meningkat bagus jika kesalahan yang dilakukan itu decemuh, dikatakan kita lepas tangan dalam membuat kerja? Persoalan yang perlu dilontarkan untuk kalian.. Terfikirkah?

Mereka sanggup membutakan mata,
MEreka sanggup menulikan telinga,
Hanya sanggup buka mulut untuk mencemuh!

Mungkin mereka fikir mereka bagus ,
Jika dibandingkan dengan kita,
Kerana apa?
Sebab waktu itu kita buat salah..
Apa yang nak kita katakan?

Bolehkah ayat-ayat pancing seperti :
"Maaf bos, Saya silap.. Maklumlah baru lagi"

Jika permulaan kerja aku rasa relevan dengan ayat pancing tu,
Namun keadaan berbeza, jika hampir 12 bulan bekerja masih guna alasan itu,
Ternyata kita hanya serahkan kepala untuk disembelih..

Tapi,
harus mereka melontarkan kata-kata kasar hanya kerana kesilapan yang kecil?
Bolehkah begitu?
Atau sememangnya keadaan yang mengizinkan?
Persolan yang lain pula timbul..
Terfikirkah?!

Terlupa? Wajarkah?

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Kekadang kita terlupa pada yang Satu..
Hanya kerana kita gembira..

Kekadang Kita pinggirkan ibubapa..
Kerana hanya perasaan yang tidak dapat digambarkan..

Namun,

Kita mula merayu menadah doa,
Bila mana kita dalam kesusahan..

Hanya kerana kita dipinggirkan,
iIbubapa orang yang pertama tahu,
Hanya untuk meluahkan apa yang kita rasa..

Wajarkah?!
Persoalan hanya ada satu jawapan dan hanya diri sendiri yang tahu..

Bukan sekali dua bila gembira,
Kita akan berkongsi dengan pasangan sama ada yang sudah berkahwin atau pada pasangan yang hangat bercinta..
Ibubapa? Mungkin orang yang entah ke berapa.. Atau apa mungkin tidak tersenarai..

Keadaan vise versa bila mana dalam keadaan berduka..
Allah yang pertama, Ibubapa kedua dan sudah tentu pasangan yang akan terakhir atau mungkin juga di pinggirkan masalah itu pada pasangan.. Mungkin..

Wajarah?
Ternyata sekali lagi hanya diri sendiri yang tahu jawapannya..

Memuja nama Asma Allah hanya bila kesempitan
Sering hubungi ibubapa bilamana dalam kesempitan..
Mengapa harus begitu?

Jawapan hanya ada pada kita..
Terlupa?! Wajarkah?!

Wednesday, November 30, 2011

Kifarat dosa?

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Tahun ni banyak betul dugaan.. Terutamanya sakit..
di pertengahan tahun ini, virus Herpes Zoster yang juga dikenali sebagai kayap.. Hampir 16 hari aku cuti dari bekerja dan tak dapat berbuat apa-apa.. Hanya menanti sembuh sepenuhnya.. Allhamdullillah cara moden dan juga cara tradisional dilakukan..

Dan akhir tahun (hari ni la tu), penyakit lama aku.. Penyakit mata datang dengan tiba-tiba.. sudah 2 hari aku tersadai di rumah tanpa boleh buat apa-apa.. Sakitnya seperti biasa kemerah-merahan, berair, pedih dan terasa ada habuk dipenjuru mata.. Cuba bayangkan.. Sakit bukan?!

Aku sedikit benggang pada pagi ini dengan doktor di sebuah klinik swasta yang merawat aku.. manakan tidak, aku sudah bagitahu yang mata aku sakit pada tahun lepas, jumpa dengan pakar mata di Hospital Selayang selama beberapa bulan, ada "follow up" dengan doktor pakar setaip hari Isnin atau Jumaat.. Panjang aku beritahu, tup-tup doktor tersebut lansung tak ambil tahu dan tak periksa pun mata aku.. Hanya beri ubat titik dan telan.. Aku seolah-olah terkedu.. MC pun hanya diberikan 1 hari. Katanya jika sakit datang lagi di kemudian hari.. Erk?!!! begitukah caranya?

Tatkala ditimpa suatu musibah penyakit, dituntut untuk selalu sabar dalam menghadapinya dan selalu mengharap pahala dari-Nya.
Aisyah r.a. berkata, Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapusnya kesalahan."(HR. Bukhari dan Muslim)


Hadis yang lain pula menebut,
Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."(HR. Bukhari)

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah dari seorang muslim yang tertimpa penyakit, sakit, atau yang sealirannya, kecuali Allah SWT menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana gugurnya pohon akan daun-daunnya."(HR. Bukhari)

Insha Allah aku anggapkan penyakit aku ini dikira sebagai Kifarat dosa.. Penyakit sebagai penghapus dosa dan sebagai menguji taha kesabaran aku..

Wallahualam..

Tuesday, November 29, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah

Assalamualaikum dan salam uhkwah..

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 Masihi..
Waktu semakin singkat,
Masa semakin pantas meragut waktu seharian,
Umur semakin hari semakin betambah.. Kata orang umur hanya angka.. Tapi bagaimana dengan amalan? bagaimana dengan sifat-sifat baik kita? BErtambahkah? atau semakin berkurangan? atau kita sendiri tak tahu? Mungkin?!

Apa-apa pun semoga azam yang lepas tercapai dan mungkin ada azam baru untuk di gapai dan dicapai..

Semoga berjaya apa yang kita lakukan dan yang paling penting:
Usaha + Tawakal + Doa = Kejayaan.. Insha Allah..

Tuesday, November 22, 2011

Cuti Sekolah Datang lagi

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Lama sungguh tak menjenggah blog ni.. Seakan-akan ditinggalakan.. Owh! Tidak.. Kengkangan waktu yang aku rasa..

Cuti sekolah berkunjung lagi.. YA! Aku tahu apa yang kalian fikirkan.. Yang meningkat dewasa mereka berkhatan, yang mendirikan rumah tangga aku rasa paling ramai ambil peluang pada waktu-waktu begini.. Dan jangan lupa banjir juga berkunjung tiba..

Entry kali ini bukan ingin bincangkan:


Dan juga bukan bincagkan hal ini:


Tapi ini:


Ya, bab kawin.. Tapi bukan bermakna aku akan berkahwin dalam waktu terdekat.. Insha Allah akan ada waktu untuk aku mendirikan rumah tangga.. Eh, eh macam jauh perbincangan ni..

Baik, jika kita tengok banyak bab-bab kawin ini dilebihkan adat berbanding dengan agama itu sendiri.. Sebagai contohnya bersanding itu sendiri yang rata-rata "diwajibkan" pada majlis mereka, dari segi "make up" yang dilakukan oleh "mak" andam dan pelbagai lagi..

Dari segi persandingan itu terbahagi kepda beberapa bahagian..

Bahagian pertama: menepung tawar.. Yang mana tetamau atau orang yang terdekat akan menabur Beras Kunyit, Membaca Jampi Mentera, Renjis-merenjis.. Apa tujuannya? Pun kita tak tahu atau petua orang dulu-dulu mengatakan bahawa untuk mengelak perkara yang buruk terjadi? Aku rasa kita sedia maklu bahawa amalan ini dilihat telah menyerupai Budaya masyarakat Hindu dan Mempercayai perkara2 khurafat, tahayul. Walhal Islam amat melarang menyamakan apa-apa Amalan, Perbuatan dengan Agama yang lain dan Mempercayai perkara2 Berikut. bukankah itu haram? Dalilnya:
Sabda Nabi saw: Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari Golongan mereka. (Hr Abu Dawud, Hadis sahih menurut ibnu Hibban)

Bahagian kedua pula dari segi perhiasan yang dipakai oleh mempelai baik lelaki mahupun perempuan.. Berhias berlebihan, Tujuan untuk dipamerkan (tabarruj), menunjuk-nunjuk.
Firman Allah swt: Janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu. (Al-Ahzaab 33)

Bahagian ketiga ialah Mendedahkan Aurat..
Firman Allah swt: Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 31)
Ini tak termasuk mempelai perempuan yang di "make up" oleh "mak-mak" andam.. Malah ada juga dicukur bulu kening.. Katanya sekali untuk seumur hidup.. Jelas bukan itu adalah haram..

Bahagian keempat pula Membazir Harta, Kos dalam menyediakan kelengkapan untuk Persandingan, Terlalu bermewah-mewah, Boros..
Firman Allah swt: Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (Al-Israa' 26)


Walhal Nabi kita pernah bersabda:
Bersabda Nabi Muhammad S.A.W : (Perempuan yang paling murah Mas Kahwinya merupakan yang palaing banyak BERKAT)- Riwayat Imam Ahmad ,Hakim & Baihaqi.

Jelas bukan mas kawin yang rendah itu tidak semestinya mereka direndah-rendahkan..
Dan bukan juga menunjukan mereka itu murah.. Tidak sama sekali..

Berkahwinlah dengan Redha Allah.. Jangan kita membuat dosa pada hari yang penuh bermakna..

Friday, November 11, 2011

Masih..

Assalamualaikum dan salam perkenalan..

Masih kabur apa yang akan berlaku di hadapan kita..
Sebegitu juga kehidupan aku yang masih mencari masa hadapan..
Apa yang berlaku pada aku?
Aku tak tahu, sebegitu juga kalian, dan hanya DIA yang tahu..
Tapi sungguh! masih risaukan apa yang aku inginkan?! dan apa yang aku mahukan?!
Masa hadapan yang masih terumbang ambing aku rasa..
Kenapa? ENTAH! Buat masa ini, itu jawapan yang aku rasa paling sesuai...

Mungkin tidak ada rasa bersyukur? Mungkin?! Tergantung persoalan dan jawapan.. Tiada siapa yang tahu.. Termasuk aku..
Entahlah! Masa hadapan yang masih kabur atau apa mungkin semakin kabur seusai waktu berjalan ke hadapan?! MUNGKIN!!

Wednesday, November 2, 2011

Hidup Sememangnya Begitu

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Sememangnya kehidupan sebegitu..
Sememangnya ada suka,
Sememangnya ada duka,
Sememangnya kehidupan itu penuh dengan rasa..
Kenapa?
kerana kehidupan sememangnya begitu..

Masa mengubah diri ini.. Tak dapat lagi mengenali siapa diriku.. Keliru mungkin?!
Aku mahukan segala sedangkan siapa diri ini..
Tak pasti aku masih menyintai diri,pernah diri ini berkata cintai diri ini hanyalah
kepada diriku sebelum mencintai orang lain..
Mungkin diri sendiri permainkan cinta dan juga hati ini..
Mengapa perlu begitu...
Kenapa?
Sememangnya kehidupan sebegitu..

Mengenali diri sendiri, aku punya banyak kelemahan..
Mengenali diri sendiri, aku juga banyak kelebihan.. Mungkin..
Mengenali diri sendiri, aku percaya Allah Maha Adil.. Sememangnya..
Mengenali diri sendiri, aku seorang yang tidak pandai bercerita.. Seperti selalu..
Mengenali diri sendiri, aku sukar meluahkan masalah.. Pendamkan lebih baik..
Mengenali diri sendiri, aku cepat terasa kalau berbicara soal rasa..
Kenapa?
Kerana kehidupan ini sememangnya begitu..

Sunday, October 30, 2011

Keluh

Assalamualaikum..

Keluh, resah, putus asa?
Mungkin itu pernah ada dalam kamus kehidupan kita..
Dan mungkin titiskan air mata bilamana usaha itu bertemu buntu..
Betul kan?
Atau apa mungkin kehidupan kalian tidak begitu?
Apa mungkin dengan sekali usaha, bertemu dengan kejayaan?
Jika begitu Allhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan kalian..

Bukan bermaksud tidak bersyukur jika mana usaha itu bertemu dengan jalan buntu..
Masih bersyukur.. Mungkin?!
Atau mempersoalakn kenapa itu dan ini?
Atau apa mungkin bermenolog pada diri sendiri
"Kenapa aku selalu gagal?"
"Asal orang lain selalu saja berjaya?"
"Kenapa la hidup aku tidak seperti orang lain?"
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Mungklin kan?

Kata orang semasa kita senang, jarang sekali kita ingat DIA,
Berlainan pula bila mana kesusahan itu bertemu kita,
Lancar sahaja mulut menyebut DIA...
Kita kah itu? atau aku saja yang begitu? Mungkin!!

Langit tak selalu cerah,
Hari tak selalu indah,
Tapi takkan selamanya begitu? Betul kan?

Begitulah kehidupan..
Itulah asam garam kehidupan..

Namun satu kita kena ingat,

Kita merancang,
Dia juga merancang,
dan hanya Dia yang menentukan..
Percayalah dia lebih tahu berbanding kita sendiri..

Setiap ujian yang diuji pada kita, nescaya ada hikmah nya..
Setiap apa yang kita lalui, percayalah Dia ada jawapanya..

Kehidupan kita takkan dan mungkin tak pernah sama,
Kerana kehdupan sememangnya begitu..

Jika kita kalah hari ini, Esok masih ada harapannya..
Jika kita mengeluh hari ini, masih da esok untuk tidak.. Insha Allah..
Esok masih menanti kita untuk terus bangkit..
Insha Allah..

Selagi nyawa dikandung badan,
Selama itulah berusaha..
Bangkit selepas jatuh..

Monday, October 24, 2011

Jiwa Kacau

Assalamualaikum dan Salam Persahabatan..

JIWA KACAU?
Astarufirullah'azim.. Penat.. Resah.. Keliru.. Berserabut..

Apa yang di rancang, lain yang terjadi..
Benarlah bahawa : Kita merancang, ALLAH juga merancang dan hanya DIA yang menentukan.
Redha? Mungkin! Belum pasti.. Keliru mungkin!!

Dari sahabat Abu Hurairah, Bersabda Rasulullah, “Mu’min yang kuat lebih dicintai Allah dari mu’min yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah "Qodarulloh wa maa syaa’a fa’al", Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi”. HR. Muslim

Bersemangat? Masih dalam usaha...
Keliru? Juga masih bertahta dalam sanubari..
Jiwa kacau? Pun masih ada dalam pemikiran..

Moga-moga ada hikmah di sebalik kejadian.. Insha Allah..
Moga-moga apa yang terjadi ini akan dapat diselesaikan..
Moga-moga silap faham ini dapat ditafsirkan dengan betul..

Wahai jiwa, bukalah hati mu untuk fahami apa yang terjadi,
Wahai akal, Panjangkan lah akal mu untuk berfikir,
Wahai nafsu, Jauhkanlah dari berkata-kata yang tidak benar,
Merayu pada "kalian"..
Serahkanlah pada yang 1..

Wahai masalah, pergilah..
Wahai penyelesai, datanglah..

Sesunguhnya aku masih terkeliru..
Hanya satu penyelamat ku Hanya MU Ya Allah..
Tapi sungguh! Masih perlu untuk menjernihkan apa yang keruh..
Ya Allah berikan pada ku akal dan penyelesaian agar masalah ini tidak berlarutan..
Agar apa yang keruh kembali jernih..
Seumpama selepas hujan terbitnya pelangi dan sinar mentari..
Yang mendamaikan setiap insan..

Wednesday, October 19, 2011

Jom Mabuk!

Assalamualaikum dan Salam ukhwah..

Lama sungguh mata tak dapat menjamu mata pada blog ini.. Kenkangan waktu serta tuntutan kerja yang agak menimbun di kebelakangan ini.. Hari ini? Mencuri untuk membenarkan jari jemari menari atas pepapan keyboard.. Allhamdulillah..

Entry kali ini "Jom Mabuk"...
Ya, memang itu tajuknya.. Penjelasan di bawah..

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.
Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
*Keratan Akhbar beberapa bulan yang lepas.. Astarufirullah'azim..

Jelas bukan apa yag haram itu tetap haram dan yang halal itu halal.. Jangan Menghalakan apa yang haram.. Jelas itu tidak boleh.. Apa nak jadi pada Bumi Malaysia yang rata-rata beragama islam.. Atau apa mungkin sesuai dengan tag line negara kita? MALAYSIA BOLEH!!

Dan baru-baru ini Perdana Menteri kita merasmikan Arak Halal ini.. Dan dalam keratan akhbar baru-baru ini ada mengatakan jelas minumana ini halal dan mungkin akan menyebabkan mabuk sedikit..Astarufirullah'azim..

Jolokan Arak Halal ini berjenama ISTAK (Keluaran dari syarikat ..) Kata pengeluar arak ini mengatakan proses minuman ini hampir sama dengan arak namun tidak memudaratkan dan tidak mabuk.. Tag line untuk ISTAK juga menuju ke arah "halal" yang mana tag line nya ialah "Drink & Drive"'

Beberapa contoh ISTAK :

Pelancaran oleh PM kita

Beberapa pelanggan mencuba.

Bukan menuduh itu salah dan itu betul.. Namun jelaskan apa yang haram dan halal.. Aku kira dari sekolah rendah ustaz dan ustazah mengajar halal dan haram.. Dan bukan juga untuk berpolitik.. TIDAK!! Hanya mengingati diri sendiri dan kalian.. Insha Allah moga-moga bermanfaat.. Bagi aku "arak halal" ini meragu-ragukan aku.. Jika ragu tinggalkan.. Jika tidak teruskan.. Tepuk dada tanya iman..

Renungan bersama:
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, October 11, 2011

Rapuh

Detik waktu terus berjalan,
berhias gelap dan terang,
suka dan duka tangis dan tawa,
tergores bagai lukisan.

Seribu mimpi berjuta sepi,
hadir bagai teman sejati,
di antara lelahnya jiwa,
dalam resah dan air mata,
kupersembahkan kepadaMu,
yang terindah dalam hidup.

Meski ku rapuh dalam langkah,
kadang tak setia kepadaMu,
namun cinta dalam jiwa,
hanyalah padaMu.

Maafkanlah bila hati,
tak sempurna mencintaiMu,
dalam dadaku harap hanya,
diriMu yang bertahta.

Detik waktu terus berlalu,
semua berakhir padaMu,

Monday, October 10, 2011

My 2nd Hand Blog

Assalamualaikum dan Salam Persahabatan..

Sudah lama rasanya tidak menjamu mata di blog ini.. Sebegitu juga dengan jari jemari yang ingin sekali menari di atas pepapan keyboard.. Mungkin kengkangan masa yang tidak mengizinkan? atau apa mungkin hanya sekadar alasan sahaja?

Hanya sekadar perkongsian.. Aku kini mempunyai blog yang kedua (harap- harap dapat la aku kawal kedua-duanya) yang di dinamakan "My 2nd Hand Blog".. Tapi masih dalam proses untuk bagi menarik..

Sekian untuk kali ini.. Sila lah menjenguk kedua-dua blog saya..
Terima kasih..

Link untuk blog kedua aku:
http://my2ndhandblog.blogspot.com/

Sunday, October 2, 2011

Apa itu KAYAP?

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Allhamdulillah kerana masih diberikan umur yang panjang dan baru sahaja baik dari terkena kayap..
Jadi entry kali ini perbincangan kayap..
Apa itu KAYAP?

Penyakit kayap terbahagi kepada 3 jenis iaitu: kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes..

Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja.. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi.. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.

Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sembuh jika dirawat dan kemudian akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.

Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.

Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku..

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur..

Apakah simtom-simptom bila terkena penyakit ini?
Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab.. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang.. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada.. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh..

Renungan bersama:
yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.

Monday, September 12, 2011

Lelaki dan Novel.. Salahkah?

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Allhamdulillah kerana masih ada kesempatan untuk menulis apa yang terlintas dek fikiran dan jari-jemari menyegerakan selesaikan tugas..

Lelaki dan novel.. SALAHKAH?

Bila kaum adam menyebut hobi mereka bila ada kelapangan ialah membaca novel.. Ya, tak silap tulis, MEMBACA NOVEl bila ada kelapangan.. Yang mendengar akan ambil pusing hingga akan bertanyakan sekali lagi untuk kepastian..

Sebagai contoh:
Si A: jika ada kelapangan apa yang kau buat?
Si B: Baca novel dan lain-lain lgi..
Si A: Huh?! Biar betul kau ni.. Tak laki lansung..
*tak ambil pusing perktaan yang lain dan hanya perktaan depan sahaja..
Si B: *tak terkata-kata..


Ya, pernah berlaku pada aku sendiri.. Ada juga jawapan sedemikian (seperti di atas) keluar dari mulut kaum hawa mahupun kaum sendiri.. Kekadang aku tertanya, Apakah salah aku membaca novel? salahkah sang berjiwa kental jika minat baca novel? SALAHKAH KAUM ADAM MEMBACA NOVEL?

Benar aku mengakui aku juga suka membaca novel.. Oh! tidak semestinya novel bercintan-cintun.. Cuba kita luaskan skop pemikiran kita.. Cuba kita fikir takkan lah novel itu hanya menjurus cinta? Semestinya tidak bukkan?! Dan tidak pula novel itu hanya dalam Bahasa Malaysiakan?! Betulkan?

Genre novel itu juga terdiri dari beberapa genre antaranya :
Thriller, Seram, Dendam, Psikologi, keagamaan dan pelbagai lagi..

Jadi masihkah kita meletakkan seseorang itu terutamanya kaum lelaki membaca novel itu tidak cukup "kejantannya" atau apa mungkin lelaki itu diketegorikan "mat jambu" hanya kerana membaca novel? Wajarkah kita?

Antara penulis novel yang cukup aku minat Ramlee Awang Murshid. Cukup kagum dengan gaya penulisan serta cara psikologi dalam tulisannya, ulasan dalam keagamaan juga mantap.. dan baru-baru ini Novel genre FIXI(asal perkataan FICTION) pula berada dipasaran.. Rata-rata mereka terdiri dari kaum lelaki.. Anatara keluaran FIXI ini ialah DENDAM (penulisan oleh Affifudin Omar), KASINO (penulisan oleh Saifullizan Tahir) dan beberapa lagi..

Kekadang hanya kerana kita malas, kita cepat menjatuhkan hukum pada yang minat membaca khususnya novel.. Mereka senang akan cakap yang pembaca itu membuang masa, tidak berfaedah dan paling kurang enak dengar bilamana mereka menjatuhkan lelaki itu tak cukup lelaki jika mana mereka cenderung dalam membaca novel.. Kenapa ada wujud sebegitu? Senang, hanya kerana mereka tidak minat dalam novel dan mungkin kerana hobi mereka tidak sama.. Walhal kita masing-masing ada hobi yang tersendiri dan hobi itu cukup unik ada pada setiap orang.. JAdi cukuplah kita kutuk orang yang suka baca novel..
HENTIKANLAH!

itu saja untuk waktu dan tika ini.. Insha Allah jumpa di lain masa..
Sekian, terima kasih..

Tuesday, September 6, 2011

Angan-angan, ko ada?

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Allhamdulillah masih dalam RahmatNya Insha Allah..
Allhamdulillah masih dalam bulan Syawal yang mulia..


Perbualan ini dengan dua pihak..
Aku:Aku ada angan-angan tinggi..
Dia: Angan-angan apa?
Aku: Nak ada motosikal..
Dia: Tu je angan-angannya? tak tinggi sangat pun anggan-anggan tu..
Aku: Tapi aku rasa itu dah cukup tinggi angan-angan aku.. (dengan beria-ia)
Dia: Alah, ramai kot ada motosikal! Apa yang tingginya? Ko nak pakai motosikal apa?
Aku: Motosikal biasa-biasa je.. Mungkin Kawasaki ER6 ke, Kawasaki Ninja ke, tak pun paling murah NAZA Blade 650 atau 250.. Tak mampu nak pasang cita-cita lebih besar..
Dia: "tak terkata apa-apa" tapi mimik muka tetap ada..
Aku: Amacam? ok tak? Tak tinggi ke angan-angan aku?
Dia: Erm..Erm.. Rugi je beli motorsikal.. Lebih baik pakai kereta.. *Masih dengan mimik muka.
Aku: Mungkin itu kata ko, bukan kata aku.. *Nada pertahankan cita-cita
Dia: Lantak ko.. *Nada marah
Aku: Erk!! asal nak marah-marah lak?
Dia: Malas nak cakap orang macam ko.. Rugi je pakai motor.. Hujan basah gak! len lah lau dengan kereta..
Aku: Dah agak apa yang ko akan cakap.. Abis dengan kereta leh ke cilok-cilok? tak kot!! Tapi masih, kedua-dua ada pro dan cons nya.. kan? Tapi bagi aku kepuasan aku dan keinginan aku selain kawin, ada anak, ada rumah sendiri, kerja tetap, aku nak motorsikal idaman aku.. Macam ko gak kan! ada cita-cita.. Betul kan?
Dia: erm.. *nada mengalah..
Aku: ada usaha, istikamah apa yang kita buat, Insha Allah ada rezeki..

Tak kisah lah nak motorsikal ke, nak kereta ke, apa yang penting usaha untuk mendapatkan sesuatu.. Jangan hanya pasang cita-cita tapi tak berusaha kearah sana, percayalah cita-cita itu akan menjadi kenangan.. Betul kan?

Sunday, August 21, 2011

Sajak Duka

Sajak duka kutulis hanya untuk untukmu,
Hanya kerna serpihan hati yang terluka,
Hanya air mata menjadi peneman,

Sajak duka kutulis untukmu,
Aku berdoa agar engkau membaca,
Agar kau tahu hati ini terluka,
Jangan kau rasa muak bila baca.

kupersembahkan untukmu Selarik puisi duka,
Tanpa senyum,
Hanya bertemankan air mata.

Puisi dukaku telah kau terima,
Mengertikah kau memahami dukaku?


Ramadhan 22

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Ramadhan sudah pun menjengah hari yg ke-22..
Bermaksud kita di akhir Ramadhan pun..
Semakin pantas jam berputar..
Semakin bertambahkah amalan kita?

Sunday, August 14, 2011

Selamat Berbuka

Assalamualaikumdan salamukhwah..

Allhamdulillah sudah dua hari berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama abang, kakak dan anak-anak buah di rumah dia.. Terima kasihg banyak-banyak.. Makan pun berpuas hati berbanding beli di bazar ramadhan.. Kata orang putih "out" makanannya dan harga? sah-sah mahal.. Nak buat macam manakan.. Dalamketerpaksaan beli lah juga..

Hari berganti, dan aku? mengira detik-detik untuk pulang ke rumah di Kelantan.. Wah!! beria-ria tahun ini untuk menyambut hari raya walhaldah tua kot! Kekadang aku pun naik hairan dengan diri sendiri.. Kenapa? Sebab beria-ria untuk sambut hari raya..Mengalahkan budak-budak kecil.. Dah tua,dah boleh kawin pun.. Opss!! tak-tak.. Jangan-jangan..Jangan tanya bila aku nak kawin.. ok, tamat topik..

Apa-apa pun selamat berbuka puasa untuk semua.. Kita borak di entry yang lain pula.. Insha Allah..

Wednesday, August 10, 2011

Silih Berganti

Assalamualaikum Dan Salam Ukhwah..

Allhamdulillah dipanjatkan rasa syukur pada DIA yang masih memberikan peluang untuk bernafas serta masih diberikan peluang untuk menunaikan rukun islam yang ke-3, serta menunaikan solat Isyak dan Terawikh secara berjemaah.. Allhamdulillah..

Hari silih berganti, silih berganti juga puasa, sebegitu juga terawih yang silih berganti.. Pejam celik pejam celik, malam ini (10/08/2011) puasa dan pun masuk hari yang ke 10, manakala terawih sudah pun memasuki malam yang ke 11.. Masya Allah terasa masa yang teramat pantas berjalan..

Hari yang silih berganti,
Bertambahkah iman kita?

Hari yang silih berganti,
Bertambah baikkah kita?

Hari yang silih berganti,
Amalan-amalan kita masih di takuk lama atau meningkat? atau apa mungkin sudah ditinggalakan?

Hari silih berganti,
Jemaah-jemaah di masjid/surau semakin berkurangan..
Tidak lagi seperti hari pertama dan hari ke-2..
Semakin hari semakin berkurangan..

Apa mungkin mereka sibuk?
Apa mungkin mereka penat setelah seharian bekerja?
Atau apa mungkin mereka mengerjakan solat isyak dan terawih bersama-sama keluarga dirumah?
Mungkin mereka mempunyai anak-anak kecil.. Mungkin!

Owh! tidak.. Bukan ingin menyatakan aku rajin atau menunjuk-nunjuk namun
jauh di lubuk hati menyatakan bahawa bertapa ruginya kita tidak mengejar amalan ini yang hanya ada pada bulan Ramadhan..

Bersama-sama kita merebut peluang yang diberikan oleh Allah..
Ini mungkin Ramadhan yang terakhir buat kita.. Mungkin..
Tiada siapa tahu bila ajal akan menjemput..

Renungan bersama:

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Tuesday, August 2, 2011

Sikit Namun Masih Ada

Assalamualaikum Dan Salam Ukhwah..

Sikit Namun Masih Ada,
Gaji kali ini (Julai) masuk sedikit lambat dan separuh.. Hanya dimasukkan RM500 terlebih dahulu, selebihnya? entah bila la tu..
Mungkin ada hikmah disebalik ini (cuba berfikiran positif)..
*Walaupun awal-awal sedikit marah dan kecewa mengetahui gaji masuk lewat tambahan pula gaji masuk separuh-separuh.. Pasrah dalam redha mungkin.. hahaha..

Sikit Namun Masih Ada, Insha Allah,
Aku dan pun merancang dengan gaji bulan lepas..
Rancang apa?
Rancang untuk servis motor ---> tayar (sepasang), signal depan (sepasang) mentol (depan dan belakang), spoket dan rantai..
Fuh! banyak juga tu.. Tapi tulah disebabkan gaji sebegini rupa sedikit lambat untuk servis motor..
Kenapa tak buat waktu dan bulan lain?
Perancangan kedua ialah pulang ke Kelantan dengan motor.. Sebab itulah ingin servis motor sebelum pulang ke Kelantan..
Aku berdoa agar gaji yang selebihnya tu masuk dengan cepat..

Sikit Namun Masih Ada,
Allhamdulillah dalam 3 hari berpuasa, sempat aku mengerjakan Fardu Isyak dan terawih walaupun tak banyak namun masih ada peluang untuk mengerjakannya.. Allhamdulillah..

Sikit Namun Masih Ada,
Berbuka puasa kali ini hanya sekadar sahaja..
Kata orang biarlah dengan besederhana..
Tak macam tahun-tahun sebelumnya yang mana masak sendiri (rumah sewa di Kedah), masak disediakan (rumah abang tahun lepas).. Dan kali ini? Hanya beberapa kuih dan sebungkus nasi dan lauk.. Sedikit namun masih ada.. Allhamdulillah..

Renungan bersama:

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Monday, August 1, 2011

Inilah Masanya

Assalamualaikum Dan Salam Ukhwah..

Sedar tak sedar puasa dah pun memasuki hari kedua.. Laju rasanya masa berjalan.. Ini juga bermakna terawih sudah pun memasuki malam ke tiga hari ini.. Allhamdulillah masih sempat mengerjakan solat fardu Isyak dan terawih secara berjemaah.. Anda bagaimana? Jika masih sempat Allhamdulillah.. Syukur dipanjatkan..
Moga-mogakita istikamah buatnya sehingga hujung ramadhan nanti..

SELAMAT BERPUASA..

Renungan bersama:

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa"
(Surah al-Baqarah:183)

Wednesday, July 27, 2011

Aku Positif atau Aku Negatif?

Assalamualaikum Dan Salam Ukhwah..

Entry kali ini "Aku Positif atau Aku Negatif?"

Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.

Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.

Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;

Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.

Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.

Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.

Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.

Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.

Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.

Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.

Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.

Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.

Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.

Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.

Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.

Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata-kata yang keras.

Orang Positif selalu berpegang teguh pada nilai-nilai tapi bersedia berkompromi pada hal-hal remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai-nilai.

Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.

Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.

Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang.

Tuesday, July 26, 2011

Sering Kali

Assalamualaikum Dan Salam Ukhwah..

Ramadhan seamakin menghampiri.. Terasa seolah-olah meriah menantikan Ramadhan..
Insha Allah dapat sama-sama menanti kehadirannya dan dapat sama-sama kita tunaikannya..


Entry kali ini "Sering kali"

Sering kali,
Berjanji untuk lebih bersemagat untuk ke tempat kerja..
Sering kali,
tanamkan niat yang betul untuk sentiasa positif untuk buat kerja i pejabat..
Sering kali,
Setkan mood dan akal yang betul dalam menyiapkan kerja..

Namun Sering kali juga aku tewas apa yang aku setkan, apa yang aku semaikan dalam pemikiran.. Kesian pada diri sendiri.. Tewas dalam perjuangan sendiri..


KENAPA?

Kerana sering dimarah-marah,
Kerana sering diperli-perli,
Kerana Sering diherdik.

Namun Sering kali juga akal dan hati berkata:
Alah, ni bukan sekali kena, banyak kali kot..

Namun kekadang akal ini suka "FLASHBACK" perkara yang lepas..
Lemas bersendirian..

Bangkit la wahai Fazdlam Arsraf Ibrahim oiii,..
Bangkit...
"Come on, sure you can do it"
"Fight it"
"Get it right then"

Sering kali juga akal memainkan perkataan-perkataan itu,
Sering kali cuba dan akan terus mencuba,
Insha allah takkan berpatah arah walaupun sering kali tewas.

Renungan bersama:

Firman Allah, ertinya:
“Aku tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu,melainkan mereka yang mengubahnya sendiri”

Sunday, July 24, 2011

Bukan Aku

Assalamualaikum dan salam ukhwah...

Dipengakhiran Julai pun.. Sungguh, sepantas kilat masa berlalu.. Namun aku masih bersyukur kerana masih diberikan untuk bernafas dibumi yang sememangnya pinjaman oleh DIA.. Allhamdulillah masih diberikan kesempatan dan ruang oleh-NYA..
Bulan Mulia semakin menghampiri.. Insha Allah kita dapat sama-sama menunaikan kewajipan yang satu ini.. Bulan Ramadhan..

Entry kali ini Bukan Aku..
Kenapa?
Banyak jika ingin berikan alasan.. Kata orang "1001 alasan".. Ya, Sebegitu juga aku.. Jika dipinta alasan, tanpa dipinta akal memutarkan untuk menciptakan 1001 alasan..

Entahlah kenapa jari jemari ini menari-nari atas pepapan keyboard walhal akal yang sedang berputar-putar tiada idea..

p/s:tiba-tiba tiada idea.. hahahahaa..

Tuesday, July 12, 2011

Hanya kamu

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Alamak!! RINDUNYA...
Siapa? Tentulah orang yang paling aku sayang dan selalu juga dalam mimpi-mimpi aku..
Siapa? Kan dah cakap, orang yang paling istemewa...
Siapa? ya lah, ya lah.. Mereka insan yang teristemewa: UMIE dan PAPA..


















Jika dihitungkan hari, sudah lama tidak pulang ke kampung halaman, hanya kerna sibuk dengan kerja.. Pernah juga terfikir macam mana agaknya UMIE dan PAPA menjaga anak-anak walaupun sesibuk mana pun mereka.. Mereka tidak pernah gagal menjaga kami, memenuhi keperluan dan kehendak kami.. Dan aku? GAGAL menjadi anak yang bagus.. Balik menjenguk mereka? Hampir 5 bulan aku tidak pulang ke sana.. TELEFON? jarang sekali.. Bukan kerana tiada kredit tapi sibuk dengan kawan-kawan.. Ralat betul dalam menjaga hati kedua ibubapa.. GAGAL menjadi anak yang baik..

Sering kali juga terlintas untuk bertanyakan khabar lalu di dail nombor telefon dan bila terdengar suara mereka terus mulut terkunci.. Salah satu puncanya ialah rindu untuk mendedngar suara mereka (positif), namun ada juga yang disebaliknya, iaitu tiada idea atau topik untuk dibincangkan.. KEJAM sungguh hati ini.. Jika dibandingkan "bergayut" dengan kawan-kawan lama pula.. GAGAL untuk menjadi anak teladan..

PAPA dan UMIE,
Hanya satu pinta anak mu,
Doakan agar anak mu ini selalu dilindungi oleh ALLAH,
DOakan agar dimurahkan rezeki pada anak mu,
Selalu berkati apa yang anak mu buat..

UMIE dan PAPA,
INSHA ALLAH berkat doa kalian untuk anak mu..
INSHA ALLAH anak mu boleh penuhi kehendak dan keperluan kalian berdua..
INSHA ALLAH ada pleuang akan aku jenguk kalian berdua..
Pinta anak mu agar jangan sesekali kalian berkecil hati pada anak mu ini..
Kerana keberkatan itu terletak pada kalian,
Kerna keberkatan yang kalian berikan itu akan diredhai oleh ALLAH..

RINDU pada kamu PAPA,
RINDU pada kamu UMIE..

RENUNGAN BERSAMA:
“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ”
[Hadis riwayat Bukhari]

Monday, July 4, 2011

Wahai Hati

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Wahai hati,
Dengarlah akan rintihan ini,
Lembutkanlah diri mu wahai hati,
Aku menyeru padamu wahai hati,
Dengarlah akan rintihan ini..
Aku merayu pada mu wahai hati..

Janganlah kau gusar sekiranya perihal dirimu tidak diambil pusing oleh orang sekeliling mu,
Janganlah kau mengharapkan sesuatu yang pasti bukan milik mu,
Janganlah kau cepat melatah jika sekiranya belum pasti akan sesuatu..

Sunday, July 3, 2011

Pantas

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki bulan ke-7(Julai)untuk tahun ini.. Allhamdullillah kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas dibumi Mu, Ya ALLAH..
Bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk berbakti pada kedua ibubapa, Insha Allah..

Sedar tak sedar bulan depan (Ogos), semua umat islam seluruh negara akan menyambut bulan mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak..
Insha Allah kita sama-sama dapat menikmati bulan yang penuh barakah ini..

Tidak sabar menanti kedatangan bulan yang penuh barakah..
Tidak sabar untuk menunaikan solat sunat terawih..
Solat sunat yang boleh dikatan istemewa yang ditawarkan oleh DIA untuk kita..

Moga-moga senantiasa dapat menunaikan solat sunat yang hanya ada pada bulan Ramadhan..
Insha Allah dapat kita sama-sama menunaikan solat sunat terawih nanti..
Rebut peluang sementara nafas masih dikandung badan,
Ciptakan masa untuk menunaikan solat istimewa ini nanti..

Tak sabar menunggu kedatangan bulan barakah ini..

Friday, July 1, 2011

GAGAL

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

GAGAL..
Masih mahu menulis perkataan ini "GAGAL"..
Kenapa?
Senang.. Hanya kerana aku gagal dalam mengotakan janji sendiri..
JANJI? JANJI APA?
Ya, Janji yang pernah aku noktahkan dalam hati agar blog yang aku ciptakan ini tidak terbengkalai..
Ya, pernah berjanji agar istikamah dalam apa yang aku cuba lakukan..
Namun, janji tenggelam dek kesibukan yang diciptakan oleh diri sendiri..

GAGAL dalam janji sendiri..
GAGAL istikamah yang pernah diikrarkan dulu..
GAGAL dalam mencipta satu ruang serta masa dalam menulis blog sendiri..

Benarlah kata orang-orang barat
"Don't promise when you can't keep"..

Saturday, January 15, 2011

Siapa JUARA?

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Allhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis blog aku ini, hari ini (16/01/2011) berkesempatan untuk menulis dan seterusnya mengemaskini blog aku.. Memohon maaf kepada pembaca kerana blog ini lama tidak "berfungsi".. Berterima kasih pada pembaca yang terus menerus menyokong serta memberi semangat untuk aku meneruskan blog aku ini.. Ribuan terima kasih buat kalian..

Tanpa berbual bicara lebih lanjut, aku serta gamabr dalam bentuk "power point" yang aku namakan "Siapa JUARA?..

Nilaikan sendiri..

















pengajaran:

Berusaha belum tentu membuahkan hasil namun akan berpuas hati sekiranya percubaan itu menemui kegagalan.. Hanya orang yang tidak pandai melepaskan peluang tanpa mencuba..