Sunday, April 29, 2012

Gambar, Gambar dan Gambar

Allhamdulillah..
Hari ini ada pengalaman baru..
Pengalaman untuk belajar MACRO dan Slow Shutter..

Dalam beberapa jam..
Hanya beberapa keping sahaja yang diketegorikan TERBAIK!!
Tak mengapa..
Baru lagi dalam dunia dSLR (walaupun kamera dSLR tu danh menjegah tahun ke-2)..

Tanpa berbicara banyak..
Beberapa keping gambar aku kempil kan tuk tatapan kalian..

Komen yang positif amatlah diperlukan..

Gambar ini untuk "macro"



Macro yang pertama aku berjaya ambil..

Nota: Banyak percubaan untuk menghasilkan hasil yang tak seberapa..




Gambar ini..
Setelah berpeluh-peluh..
Dan hampir berputus asa..

Nota: Bukan senang ambil macro..


Yang seterusnya pula..
Gambar "slow shutter"



Nota: nasib baik ada "SIFU" yang tunjuk ajar..


Jadi..
Benarlah kata orang..
Bukan senang nak senang..
Bukan susah nak susah..

Banyak lagi dalam bidang fotografi..
Yang perlu aku tahu..

Thursday, April 26, 2012

Air dan Masjid

3 hari berturut-turut,
Pejabat ketiadaan air..
Owh!! Bukan kerana terputus bekalan,
Tapi katantya pihak pengurusan membuat "maintenance"..

Lamakan prosesnya..

Isu: Jadi apa kena mengena "AIR" dan "MASJID"..

Ini ceritanya..
Setiap kali ingin qadar hajat..
Masjid tempatnya..
Setiap kali rehat..
Masjid tempatnya..
Setiap kali (Zohor & Asar je lah)..
Masjidlah tempatnya..

Teringatkan kita pada masjid..
Mampukan kita ke masjid..
Tapi waktu ada air..
Ingatkah kita pada masjid?

Jadi ada kena mengena tak isu air dan masjid ni?
Kena mengenakan..

Bukan.. Bukan..
Bukan membuaka aid sendiri..
Dan bukan juga membuka aib kawan-kawan..
Tapi untuk mengingati diri sendiri sahaja..

Hari ini,
Bekalan air sudah pulih..
Masjid menjadi renggang..
Kurangnya kami ke masjid..

Hari ini,
Terlintas di fikiran...
Adakah hanya di sebabkan tiada air di pejabat..
Kami sanggup ke masjid?
Adakah hanya untuk mengqadar hajat..
Sanggup kami berulang alik ke masjid..

Bila ada air pi pejabat..
Akal ligat berfikir..
"Dah ada air"
"Sibuklah aku hari ni"
Lantas sudah lupakah pada masjid?

Ini bukan ingin menjatuhkan diri sendiri..
Atau kawan-kawan..
Tapi ingin memperingati diri sendiri jua..

Masjid hanya beberapa langkah saja dari pejabat..
Tapi pelbagai alasan di ciptakan..
Namun bila ada keperluan..
Ingat pula pada masjid..

Adakah ini bermakna hati jauh pada agama?
Adakah ini bererti pentingkan diri sendiri?
Apa mungkin hanya mempergunakan masjid untuk diri sendiri?

Persoalan yang tergantung..
Dan mungkin hati yang tahu pada jawapan itu..
Mungkin?!

Sunday, April 22, 2012

Karma

Jika kita mula tidak menyukai seseorang itu,
Maka berkemungkinan besar, akan ada orang yang akan tidak menyukai kita..
Karma..
Semudah itu..

Entahlah!
Sejak kebelakangan ini,
Banyak betul dosa aku buat..
Mana taknya,
Mulut seakan-akan ringan untuk berbual kelemahan orang..

Masya Allah..
Jahatnya aku..
Astarufirullah hal'azim,
Aku yang berdosa..
Subhanallah,
Kan DIA dah tunjukkan yang aku berdosa..
"CASH" di dunia lagi..
Di sana?
Masya Allah..

Benarlah akan ayat ini:
Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Astarufirullah hal'azim,
Maafkan aku Ya Allah..

Kekadang hati berbisik:
"Masih tidak mengapa jika seseorang itu tidak menyukai kamu,
Asalkan ALLAH sentiasa menyayangi kita"

Namun ingat akan peringatan ini:
"Berdosa kepada manusia lain, hanya boleh dimaafkan oleh orang tersebut sahaja"

Kekadang, cukup sukar untuk kita menghulurkan "MAAF"..
berat untuk berbicara..
Kenapa?
Entah!! Aku sendiri juga begitu..
Persoalan yang mungkin tiada jawapan buat masa ini..

Karma..
Apa yang kita buat,
Akan pasti akan terjadi pada kita..

Thursday, April 12, 2012

Lillahi Ta`ala

Bekerja biarlah kerna Lillahi Ta`ala..
Lillahi Ta`ala aku suka pekerjaan aku sekarang..
Berkawan biarlah dengan niat Lillahi Ta`ala..

1 bulan ni, rutin kerja teramatlah padat..
tamabahan pula dengan sikap sesetengah rakan sekerja..
pergh!! STRESS..
sehinggakan terkeluar dari mulut aku
"aku tak ikhlas dalam melakukan kerja minggu ini"

Argh!!!! Benarlah kata orang
" lau marah, semua terlepas cakap"..

Kan ALLAH dah tarik nikmat aku..
Bulan ni, DSLR aku rosak lagi tp kali ni
body kamera tu rosak..
Tanya kat kedai, simple je jawab tauke
"ni RM400 saja"

Taknye terkedu..
Tak gitu?
Terkedu kan?!

Bila berfikir balik, inilah alasan pada orang yang kerja bukan kerna Lillahi Ta`ala..
Bak kata pepatah
"perahu yang terlepas, boleh di undur"
kalu kata2?!
Kalian tahu kan apa ayat penyudahnya..

Lillahi Ta`ala aku kerja..
Lillahi Ta`ala aku sanggup lakukan semasa melakukan segala yang datang pada aku..
Insha Allah hati ini tabah..

Lillahi Ta`ala..
Insha ALLAH segala amalan yang aku buat di terima Tuhan..
Lillahi Ta`ala
Insha Allah moga-moga apa yang akulakan ini dapat pahala yang di anugerahkan oleh Sang Pencipta.

Lillahi Ta`ala

Wednesday, April 11, 2012

Tsunami April 2012

Assalamualaikum.. Hari ini dalam sejarah: Tsunami menyerah lagi negara jiran.. Kali ini di khabarkan seluruh Malaysia juga terasa.. Allhamdulillah masih selamat.. "Feed" di laman sosial FB penuh dengan "update-update" Tsunami.. Ada yang menulis di statusnya: "Goyang..Goyang..Goyang.." Tak kurang juga seperti ni: "Keluar dari rumah terasa tak selamat!" Atau, Macam ni: "Ingatkn pening tp upe2nye gempa sebab Tsunami" Aku rasa yang paling popular macam ni komennya: Lah!! ye ke?! asal aku tak rasa pun!! Apa yang kita mahu sebenarnya? Sedarkah kita ini amaran dari ALLAH? Sedarkah kita ini merupakan bala ALLAH? atau lebih selesa dengan perkataan "Bencana Alam"? Moga-moga ALLAH memlindungi kita semua.. Moga-moga dengan kejadian ini lebih merapatkan jurang anatar kita dan DIA.. Ini beberapa keratan yang aku ambil dari internet:
Semoga kita dapat manfaat.. Insha Allah..

Monday, April 2, 2012

Selamat Lagi..

PUTRAJAYA 8 Mac – Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PDRM dan agensi-agensi berkaitan khususnya dalam memastikan rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

Petikan dari akhbar-akhbar atau pun melalui internet..

Persoalan:
Selamatkah Malaysia?
Selamatkah rakyatnya?
Benarkah?

Bagaimana dengan kes-pembunuhan yang masih belum selesai?
Selamatkah?
Bagaimana kes-kes penculikan?
Kurangkah?
Kes-kes rogol? kes-kes lari dari rumah?
Berkurangankah?

Atau semakin teruk?
Namun masih di anugerahkan negara yang selamat di tangga ke 19..
Juga dikhabarkan penurunan berlaku..

Tak pa!
Selamat selagi tidak berperang..
Tak pa!
Asalkan bebas dari gengaman-gengaman pemerintah dari barat..
Tak pa!
Tiada yang mati kebuluran seperti dunia-dunia perang..

Kita masih selamat..
Itu kata mereka..