Tuesday, February 28, 2012

4 Tahun Sekali

Assalamualaikum & salam persahabatan..


4 tahun sekali dia datang..
Apa?
29/02/2012..

Fuh!
Penat menantikan untuk capai 4 tahun sekali dia datang ni kan?

Lama,lama,lama (mood Upin Ipin)

Yang mana sambut tahun kelahiran,
Selamat Hari lahir..

Yang mungkin kahwin hari ini,
selamat hari Perkahwinan..

Yang mana meyambut hari ulang tahun perkhwinan,
Aku ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan..

Agar di panjangkan usia serta di limpahkan hidayah yang berpanjangan..
Amin..

Monday, February 20, 2012

Hipotesis Ringkas

Assalamualaikum..


Kata orang:
Biarlah tak berapa kaya,
asalkan wang itu cukup..

Kata aku:
Semakin banyak duit, semakin tidak mencukupi..
Satu hipotesis yang ringkas..

Benarkan?

Saturday, February 18, 2012

Kaya Tapi Miskin

Assalamualaikum dan salam persahabatan..

Kaya tapi miskin..
Miskin tapi kaya..

Dua perkataan yang cukup membawa erti berbeza..
Dua kehidupan yang cukup ketara..

Pelik?
Kenapa?
Apa yang kaya dan miskin?

Semua dari kita bila tanya persoalan ini, ramai yang mengiakan..
Contoh:
Siapa nak kaya?
Semestinya ramai sama ada angkat tangan, setuju atau mengangguk..
Betulkan?

Ramai di antara kita kaya..
Namun miskin statusnya di sisi Allah..

Ramai juga antara kita miskin..
Tapi kaya di sisi Allah..

Teramatlah jarang antara kita kaya di dunia dan
kaya di sisi Allah..

Kenapa?
Mesteri..

Sekadar anggaran..
Kekadang kita lebih sibuk mencari harta di dunia sehinggakan terlupa akan kehidupan selepasnya..
Hanya untuk apa?
Untuk kesenangan untuk hidup seketika cuma..
Ya, tak salah untuk jadi kaya..
Cuma kekadang kita terlupa untuk beramal..
Kata orang,
Bila senang, kita sering terlupa untuk menyebut nama DIA..
Namun DIA selalu disamping kita..

Sekadar anggaran..
Biar susah di dunia asalkan senang di hari sana..
Biar kaya di samping Allah..
Namun jangan tersalah sangka..
Bukan beerti tidak berusaha untuk berjaya..
Tetap berusaha untuk berjaya..
Biarlah berjaya di dunia serta ada bekalan untuk hari selepas kematian..
Kata orang
Bila susah, kita cukup senang untuk menyebut nama DIA..

Siapa DIA?
Allah Maha Pemurah..
Allah Maha Mengetahui..

Percayalah akan janji-janjiNya..
Pasti akan ada kebahagian jika kita ikut apa yang diperintahkan..

Bila mati tiada lagi penyesalan berlaku..
Jangan bila mata sudah tertutup, baru menyesal..
Sesal tak akan berguna..

Jadi biar miskin di dunia asalkan kaya di sebelah sana..
Jangan kaya di dunia tapi muflis di sana..

wa'iyazabillah

Friday, February 17, 2012

Mengapa?

Assalamualaikum..

Zaman memang tak pernah berubah walaupun berganjak usianya..
Namun kita yang berubah..
Jadi kenapa perlu persalahkan pada zaman?
Kenapa tidak persalahkan diri?
Atau apa kita malu untuk mengaku kesilapan?
Mungkin jawapan hanya ada pada kita..

Ironinya selalu kita dengar.
Contohnya:
"Nak buat macam mana, zaman dah berubah" atau
"Biasalah zaman serba canggih"..

Namun pernahkah kita letakan perkataan diri kita di tempat itu?
Contohnya:
"Nak buat macam mana diri tu yang berubah" atau
"Biasalah diri tu yang serba canggih"

Tak pernahkan kita letakkan "diri" di sebalik perkatan "zaman"..
Alih-alih "zaman" yang bersalah berbanding "diri" yang bersalah..

Wallahu'alam..

Tuesday, February 14, 2012

Maaf

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Maaf!..
Itu saja yang aku mampu katakan pada saat ini..
Kerana apa?
Kerana Aku bukan seorang pengajar yang baik..

Seriusnya aku katakan yang aku tak pandai nak mendidik..
Serius juga aku katakan bila aku mengajar mesti suara aku kuat..
Mesti garang punyalah!
Mesti marah-marah..

Aku sendiri pun pelik..
Tiba-tiba je bila mengajar mesti aura harimau tu datang..
Sian "student" kena marah..

Student?
Student mana?
Owh! Kan previous aku dah beritahu yang aku sekarang ada pembantu..
Jadi aku yang tunjuk ajar mereka..

Maaf ya sebab tergarang..
bukan sengaja nak garang..

Apa-apa pun aku doakan yang mereka boleh buat apa yang patut..
Selamat maju jaya..
Aku mendoakan korang lebih berjaya dari aku..