Friday, February 17, 2012

Mengapa?

Assalamualaikum..

Zaman memang tak pernah berubah walaupun berganjak usianya..
Namun kita yang berubah..
Jadi kenapa perlu persalahkan pada zaman?
Kenapa tidak persalahkan diri?
Atau apa kita malu untuk mengaku kesilapan?
Mungkin jawapan hanya ada pada kita..

Ironinya selalu kita dengar.
Contohnya:
"Nak buat macam mana, zaman dah berubah" atau
"Biasalah zaman serba canggih"..

Namun pernahkah kita letakan perkataan diri kita di tempat itu?
Contohnya:
"Nak buat macam mana diri tu yang berubah" atau
"Biasalah diri tu yang serba canggih"

Tak pernahkan kita letakkan "diri" di sebalik perkatan "zaman"..
Alih-alih "zaman" yang bersalah berbanding "diri" yang bersalah..

Wallahu'alam..

No comments: