Friday, July 27, 2012

Kenapa sebegitu?

Sepenat mana pun kita, kita tetap puasa..
Tidak larat pun kita, masih tetap puasa..
sakit mana pun kita, puasa itu pasti..

Tapi kenapa tidak solat bila penat?
Kenapa tidak mendirikan solat bila tidak larat?
Dan bila sakit, kenapa tidak solat?

Adakah puasa itu orang nampak,
Solat itu orang tak nampak?!

Persoalan yang mungkin kita hanya dapt jawab.

Thursday, July 26, 2012

1 Pembaziran

Bukankah kita diseru agar besederhana dalam segala hal?
Bukankah elok sekiranya kita tidak tunduk pada nafsu?!

Bukankah kehadiran bulan yang kita rindui ini dinanti-nantikan?
Kenapa perlu mencemarinya?

Dicemari?
Dicemari dengan apa?

Dicemari dengan Nafsu!
Dikotori dengan sikap tamak haloba!

Bukti?
Buktinya membeli juadah lebih dari perlu!
Buktinya rezeki yang dilempar dalam tong sampah!

Akhirnya tersadar dalam kekenyangan..

"“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Ini menyebabkan kita tergendala dalam sembahyang Isyak dan terawih umumnya..
Bukankah solat berjemaah itu lebih bagus berbanding berseorangan?!
*Bukan bulan Ramadhan je "berjumpa jalan" ke masjid/surau/mussala/madrasah
-->Peringatan pada diri sendiri jua..

Kenapa perlu ade pembaziran dari segi duit?
Kenapa perlu ade pembaziran dari segi makanan?
Kenapa perlu ada pembaziran dari segi Solat secara berjemaah?

BUkahkah setiap berwaspada dalam pelbagai segi itu membawa hikmah yang tersendiri?
Kenapa tidak berfikir?
Atau apa mungkin "syaitan dalam diri" itu masih mengawal kita?
Walaupun syaitan itu di ikat?!

Persoalan yang mungkin hanya jawapan dari diri kita.!

Selamt menunaikn solat Isyak dan Terawih secara berjemaah pada malam ke-7
Pantas betul masa berlalu!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Salam Ramadhan..





Jom! ke masjid/surau/ madrasah kita..
Apa yang di tunggu-tunggu lagi..

Semoga Ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan..
Insha Allah..

Monday, July 9, 2012

Hari yang di tungu-tunggu

Hari yang di tunggu-tunggu kunjung tiba..
Banyak "hari" yang di tunggu-tunggu sebenarnya..

Hari pertama: Hari Sabtu ni(14/07/12)
UmiePapa buat majlis kesyukuran sempena mereka akan berangkat ke Mekah untuk tunaikan umrah..
Allhamdulillah.. Cita-cita mereka tertunai..
Insha Allah mereke sempat ke sana..
Ya, ALLAh permudahkanlah urusan ibubapa ku..

Hari kedua: Hari Sabtu(14/07/12)
Abang cik (adik beradik ke-5) dan Su (adik/sorang je pun adiknya)..
Majlis menyambut menantu..
Dua majlis meyambut menantu pada hari tersebut..

Hari Sabtu tu kiranya 3 dalam 1..
Insha Allah di permudahkan segala urusan..

Owh! Sila jangan tanya bila giliran aku..
Itu nanti!

Minggu depan juga aku menanti..
Menanti hari apa?
Menanti hari Ramadhan Al-Mubarak..
Bulan yang penuh Barokah..

Insha Allah sempat lagi aku menunaikan kewajipan ini..
Insha Allah sempat lagi aku menunaikan solat sunat Terawih..
MOga-moga Allah panjangkan umurku..
sekiranya aku di "panggil" oleh DIA,
Biarlah aku cukup bersedia sebelum pergi menyambut seruan DIA..

Moga-moga tercapai cita-cita aku yang ini..
Insha Allah..
MOga-moga Allah senantiasa permudahkan segala urusan aku..
Amin,..

Tak sabar untuk menanti hari Sabtu ini dan hari Ramadhan..

Friday, July 6, 2012

Inikah kita?

Rugilah mereka jika bekerjaya, kaya ada harta, ada pangkat..
tapi tidak menunaikan solat 5 waktu..
Mungkin tidak rugi didunia, tapi teramat rugi di akirat sana..
Apa mungkin yang di dunia ini lagi berharga?
Atau apa mungkin tidak perlu fikirkan di alam sana?

Lagi rugilah mereka jika tidak bekerjaya, tidak berharta, tiada pangkat,
tapi tidak menunaikan solat 5 waktu..
Alangkah ruginya di dunia, apatah lagi di akhirat...

Jangan kita menyesal setelah kita mati..
Sesal dahulu sebelum terlambat..