Monday, April 2, 2012

Selamat Lagi..

PUTRAJAYA 8 Mac – Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PDRM dan agensi-agensi berkaitan khususnya dalam memastikan rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

Petikan dari akhbar-akhbar atau pun melalui internet..

Persoalan:
Selamatkah Malaysia?
Selamatkah rakyatnya?
Benarkah?

Bagaimana dengan kes-pembunuhan yang masih belum selesai?
Selamatkah?
Bagaimana kes-kes penculikan?
Kurangkah?
Kes-kes rogol? kes-kes lari dari rumah?
Berkurangankah?

Atau semakin teruk?
Namun masih di anugerahkan negara yang selamat di tangga ke 19..
Juga dikhabarkan penurunan berlaku..

Tak pa!
Selamat selagi tidak berperang..
Tak pa!
Asalkan bebas dari gengaman-gengaman pemerintah dari barat..
Tak pa!
Tiada yang mati kebuluran seperti dunia-dunia perang..

Kita masih selamat..
Itu kata mereka..

No comments: