Tuesday, January 3, 2012

Masa yang tiada undurnya

Assalamualaikum dan salam tahun baru..

Allhamdullillah sudah pun kita mengecapi tahun baru.. Sudah masuk hari yang ke-4 pun dalam tahun Januari ni.. Pantas bukan masa berjalan..

Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)

Semakin hari semakin bertambah usia..
Semakin bertambah pula tangganggjawabnya..
semakin mencabar dalam menangani hari-hari yang mendatang..
Kerana apa?
Hanya kerana masa yang tiada undurnya..

kata orang azam baru itu penting dalam tahun-tahun yang mendatang..
Kerana kata orang barulah kita tahu sama ada cita-cita tercapai atau belum..
Pelbagai azam yang bermain di minda..

Namun pernah kita persoalankan pada diri persoalan ini;

Apakah sudah cukup amalan kita?
Apakah sudah tertebus dosa kita?
Apakah layak kita menjadi penghuni syurga?
Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya?

Terlintaskah?

Percayalah..
Masa tiada undurnya..
Selagi hidup berbaktilah pada jalan-jalan yang benar..
Jangan kita terlambat..
Berbuatlah baik masa mata masih terbuka luas..

Jangan kita merayu untuk berbuat baik bila mata tertutup rapi,
Bila Mungkar dan Nakir mula bentangkan soalan-soalan yang sedia kita tahu..
Namun berjayakah kita menjawab soalan-soalan bocor tersebut?
Wallahualam..
Belum tentu bukan?

Allah berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 18-20 yang bermaksud: (Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang Telah dilakukannya (sebagai persiapan) untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri , mereka Itulah orang-orang yang fasiq. Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah mereka yang benar-benar beruntung)..

No comments: