Sunday, August 12, 2012

Aktiviti Waktu siang

Sedar tak sedar..
Kita dah pun berada di peringkat akhir puasa..
Laju sungguh masa berlalu..

Jika dulu..
Orang kata..
"Masa seakan-akan merangkak pergi"
Tapi sekarang?
"Masa seolah-olah terbang berlalu pergi"

Semalam 2 perkara aku buat..

1 nya pergi ke SOGO sehinggalah Ke Pasar Seni..
Bermula pukul 8 pagi..
Sehingga pukul 1 petang..
Owh! Bukan shopping..
Tapi pergi "tembak" gambar di sana..
bersama-sama rakan pejabat.
Banyak benda yang aku belajar..
Seronok tapi penat!
Tapi berbaloi-baloi..

Kedua nya..
Selesai sahaja "tembak"
terus ke Gombak..
Abang aku buat majlis berbuka puasa..
Katanya nak buat sekali dengan majlis kesyukuran..
Bersempena kepulangan kedua ibubapa dari mengerjakan umrah..
2 dalam 1 katanya..

Minggu depan dah pun nak beraya..
Persoalannya..
Sempatkah kita bertemu dengan Ramadhan yang akan mendatang?

No comments: