Thursday, August 30, 2012

Tipisnya kesabaran

Semalam memang aku tersangat marah!!
Memang menipis tahap kesabaran..

Kenapa?
Kerana rakan sekerja!!
Kenapa?
Suka suki menuduh "team" aku tak buat kerja..
Seolah-olah kami hanya melepaskan batuk d tepi tangga!

PERRGH!!!
Cakap siapa tak marah jika di tuduh sedemikian..

Team aku buat kerja 7 hari seminggu,
Team aku buat kerja hari minggu..
Tup tup!
Kerja tak seberapa katanya.

Hey!! LOOK!
Jika kau bagus sangat!
Buat sendiri!

Astarufurullah azim..
Memang benar-benar menguji tahap kesabaran!

Friday, August 24, 2012

1 Minggu Berhari Raya

Tup tap tup tap..
1 Minggu dah pun Ramadhan tinggal kita..
1 minggu juga lah Syawal melabuhkan harinya..

Tahun ni seperti biasa..
Raya pertama habiskan masa di Pasir Mas rumah nenek..
raya kedua ke Kota Bharu..
Ke rumah mentua abang-abang aku..
Raya ke tiga berkesempatan ke Tumpat..
menghadiri majlis kahwin kawan..
(Sila jangan tanya aku bila pula)..
Raya ke empat lepak di rumah..
Tunggu kawan sampai rumah sebenarnya..
Raya kelima hajat tidak berkesampaian..
hajatnya ingin ke Kota Bharu untuk menghadiri 2 majlis kahwin..
Tapi berlaku kemalangan kecil..
Allhamdulillah tidak cedera teruk..
Hanya lutut sakit dan lebam sedikit..
Motor? Banyak juga perlu d perbaikpulih..
Nota pada diri sendiri: lebih perlu berhati-hati..

Tup tap tup tap..
1 Minggu dah pun habiskan masa di rumah..
Esok, Insha Allah perlu berangkat ke Kuala Lumpur..
Insha Allah selamat sampai di rumah di Kuala Lumpur..

Isnin nanti sudah pun perlu masuk kerja..
Massihkah mood berhari raya?
Isnin sahaja yang dapat jawap!

Friday, August 17, 2012

Cerita Musafir

Allhamdulillah..
Perjalanan memakan selama 5 jam lebih..
Dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai, Kelantan...
Penat!
Tapi "excited"..

Cerita Musafir..
Jika dulu perjalanan di mesir..
Terpacak Matahari di atas kepala..
Panas terik!
Berkenderaan UNTA!
Tapi tetap puasa..

Malah, zaman Baginda..
Berperang waktu Puasa..
Ikat batu di perut..
Tapi masih berpuasa..

Zaman kita?
Bermotosikal, bekereta..
Jalan elok..
sejuk berpenyaman udara jika kereta,
Angin semulajadi untuk bermotosikal..
Kata orang
"just nice"
Tapi sayang..
Tidak berpuasa..

Sepanjang perjalan aku selama 5 jam hari ini..
Macam-macam lagak pemandu..
Adenye yang berhenti tepi jalan..
Sambil minum air plus merokok..

Jika tak salah,
ada salah seorangnya..
Bangga boleh makan chewing gum!

Bangga sangatkah kita jika tak berpuasa?
Berani sangatkah kita tunjuk yang kita tak berpuasa?
Baguskah tidak berpuasa dengan beralasan bermusafir?

Mungkin lepas di dunia,,
Mungkin tidak di dunia sebelah sana..

Cerita Musafir yang pelbagai ragam..

Sunday, August 12, 2012

Aktiviti Waktu siang

Sedar tak sedar..
Kita dah pun berada di peringkat akhir puasa..
Laju sungguh masa berlalu..

Jika dulu..
Orang kata..
"Masa seakan-akan merangkak pergi"
Tapi sekarang?
"Masa seolah-olah terbang berlalu pergi"

Semalam 2 perkara aku buat..

1 nya pergi ke SOGO sehinggalah Ke Pasar Seni..
Bermula pukul 8 pagi..
Sehingga pukul 1 petang..
Owh! Bukan shopping..
Tapi pergi "tembak" gambar di sana..
bersama-sama rakan pejabat.
Banyak benda yang aku belajar..
Seronok tapi penat!
Tapi berbaloi-baloi..

Kedua nya..
Selesai sahaja "tembak"
terus ke Gombak..
Abang aku buat majlis berbuka puasa..
Katanya nak buat sekali dengan majlis kesyukuran..
Bersempena kepulangan kedua ibubapa dari mengerjakan umrah..
2 dalam 1 katanya..

Minggu depan dah pun nak beraya..
Persoalannya..
Sempatkah kita bertemu dengan Ramadhan yang akan mendatang?

Friday, August 3, 2012

2 Kali raya, 1 Kali Puasa

Perasan atau tak kita yang sebenarnya..
kita khususnya di Malaysia..
Menyambut 2 kali raya, 1 kali puasa..

Pelik?
Tapi itulah kenyataannya..

Kenapa tidak..
Beberapa hari atau mungkin 1 bulan sebelum puasa..
Kebanyakkan supermarket sudah mempromosi jualan hari raya..
Pe ntah lagi pada 1 minggu puasa..
Lagu-lagu raya didengangkan dengan sebegitu kuat!
Bukan kah itu sudah hari raya?

Bila masuk hari ke 10 dan keatas..
Radio-radio pula yang mendendangkan hari raya..
sosial media seperti blog, FB khususnya..
Rata-rata menyatakan tidak sabar untuk beraya!

Persoalan yang ingin aku tanya pasa mereka..
Bebankah puasa ini?
syok sangat ke hari raya tu?
Seronok sangatkah?

==..==

Entahlah!
Surau yang hari pertama mahupun hari kedua puasa..
Penuh..
Atau apa mungkin surau itu kecil?
Mungkin!
Sekarang?
baris safnya pun semakin mengecut!
owh! Mungkin surau tu semakin membesar kot!
Mungkin!!
Atau apa mungkin mula sibuk untuk menyambut hari raya?
owh lupa!
2 kali raya, 1 kali puasa kan!

Kenapa kita lebih semangat untuk berhari raya..
Walhal Puasa/Ramadhan itu lebih besar nikmat dan pahalanya..

Pelik-pelik..