Friday, October 12, 2012

3 Minggu - Office ku, rumah ku

3 minggu berturut-turut aku dan pasukan kerja menghabiskan masa di pejabat.. Jadi amat sesuai jika aku katakan: Office ku, rumha ku.. Manakan tidaknya.. Bangun pergi pejabat, balik umah semata-mata untuk mandi, tukar baju, makan.. Terus ke pajabat untuk sambung kerja-kerja (projek yang hampir tamat sebabenarnya).. Bekerja tanpa kira waktu (jika pukul 5 pagi pun belum tentu mata ni tertutup).. Esok paginya (selepas subuh).. Terus balik rumah, mandi-mandi, Pukul 8 terus ke pejabat lagi.. Itu rutin selama 3 minggu berturut-turut.. Penat! Letih! Putus asa (cuba untuk tidak).. Hari Khamis (11/10/12).. Selesai 1 bahagian untuk projek ini.. UAT (User Acceptance Test).. Allhamdulillah lepas 1 tangga.. Mereka berpuas hati.. Tapi.. akan ada banyak pembetulan (bug fixing) untuk projek ini.. Masih ada 4 UAT yang berbaki.. erti kata lain.. Masa semakin suntuk, kerja masih berbaki banyak.. Aku tak mahu, rumah dah siap, Tukul masih berbunyi.. Itu teruk.. Ya Allah, Tolong hamba mu ini.. Permudahkan segala urusan aku dan pasukan aku.. P/s: Isnin dan hari seterusnya akan habiskan masa di pejabat lagi.. Dari pagi hingga pagi esokkannya.. Ada sesiapa nak teman tak?

No comments: